Shuk minta Fauzi Nawawi cerita secara detail, nak bayang babak itu, netizen naik angin

5,466 views

Kisah satu rancangan yang berbual tentang watak antagonis, kini menjadi viral. Kerana terlalu detail bercerita, pelakon Fauzi Nawawi ada menyebut nama Rafa Farah, ketika melakonkan satu babak dalam filem Anak Halal.

Babak itu ternyata membuatkan ramai yang naik angin dan mempersoalkan kenapa perlu ada content sedemikian, membuka aib dan agak memalukan.

Selain Fauzi Nawawi, antara yang membuat lagi ramai naik angin ialah dengan salah seorang pengacara rancangan berkenaan iaiatu pelawak Shuk Sahar.

Dek kerana Shuk Sahar dilihat beriya-iya mahu dengar pengalaman Fauzi Nawawi itu, dan sampaikan mahu membayangkan adegan itu, netizen mula jelik dengan perangainya.

Shuk dilihat telah meminta Fauzi Nawawi untuk cerita dengan lebih detail, kerana dia nak imagine babak berkenaan.

“Saya nak tanya soalan yang dah lama pendam, antara kejahatan tu, yang mana abang paling suka.” Itu soalan dari Shuk.

“Kalau boleh terangkan satu per satu, saya nak bayangkan,” Itu antara kata-kata yang keluar dari mulut Shuk kepada Fauzi. Mungkin dia rasakan ianya hanya untuk kelakar, namun sebenarnya ianya telah membuatkan ramai yang kurang berpuashati.

Bertalu-talu isu yang dibuat oleh Shuk Sahar, dan ini membuatkan ramai tertanya kenapa masih ada pihak produksi yang beri job kepadanya.

“Shuk bila nak kena gam ye, tengok dia ni bukan main galak bersembang,” tulis seorang netizen.

Ini antara komen lain tentang Shuk Sahar, sebagai pengacara rancangan berkenaan.

“Shuk itu siap boleh berlawak nak bayangkan lagi benda ini. Dia tidak pernah fikir kah kalau orang lain ada terbayangkan anak atau isteri kau.”

“Gunalah akal kalau nak buat lawak. Fikirlah perasaan ibu bapa dan suami pelakon perempuan itu. Tolong boikotlah mereka ni semua.”

Rancangan yang sedang viral ini ialah Rumah 107 yang diacarakan oleh Khir Rahman dan Shuk yang telah mengundang tiga tetamu yang sering bawa watak antagonis iaitu Fauzi Nawawi, Fizz Fairuz dan Zul Huzaimy.