Sampai 15 kali Ruhainies sambut birthday tahun ni

3,792 views

Selalunya, orang biasa kalau sambut hari lahir, hanya sekali saja dalam setahun. Namun begitu ini berbeza dengan seorang pelakon Malaysia iaitu Ruhainies.

Gadis cantik ini dah disambut hari lahirnya sebanyak 15 kali dalam sebulan ni. Memang beruntung betullah Ruhainies ni.

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Binti Zainul Ilyas telah dilahirkan pada tarikh 27 Julai 1992 di Pulau Pinang.

Maka kalau ikutkan, pada bulan Julai lepas, genaplah umurnya mencecah 28 tahun. Akan tetapi semalam, Ruhainies sekali lagi menerima kejutan untuk hari jadinya.

Menerusi satu update di laman media sosial, Ruhainie telah membuat satu ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang membuat sambutan hari lahirnya.

Akan tetapi, dalam masa yang sama, Ruhainies juga berharap, kek ke 15 yang diterimanya itu adalah yang terakhir dan selepas ini tak perlu lah lagi sambutan hari jadi untuknya.

Inilah kek hari jadi saya buat kali ke 15 pada tahun ini. Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan semua insan yang teramat istimewa dalam hidup saya ni. Terima kasih juga untuk rezeki yang tak terhingga, rahmat dan cinta yang hadir”.

Sambutan yang terakhir malam tadi. Dah cukup genap sebulan birthday saya. Tidak ada lagi sambutan selepas ni okey. Janganlah bazirkan duit“.

Seperti biasa, kalau ada kisah seperti ini, mulalah ada netizen yang kurang senang datang memberi komen.

Ada yang mempertikai, kenapa perlu sambutan terlalu banyak seperti itu, sampaikan 15 kek diterimanya. Ini antara komen yang kurang berpuas hati.

“Dia ni lahir lepas tu masuk perut semula ke? Berapa kali keluar masuk perut da. Birthday dia saja sampai setiap bulan”.

“Kerajaan kenalah masukan harijadi dia dalam kalendar cuti negara. Ini agar rakyat semua dapat tahu bila tarikh hari lahir dia yang sebenar. Dengan itu, tak adalah dia duk sibuk sambut setiap bulan”.

“Membazir betul sampaikan satu bulan nak sambut birthday. Ini makna nya fans dia nak dia tahu yang umur dia dah semakin tua, ini agar dia ingat tak lupa”.

Apapun, bagi peminatanya, ini menunjukkan bahawa Ruhainies ini benar-benar disayangi oleh orang sekeliling, sebab tu ramai yang nak sambut dan surprise kan dia sempena birthday dia.