Sampai macam tu sekali wajah Shikin Maembong dihina

869 views

Kakak kepada pelakon Emma Maembong dan Chacha Maembong iaitu Shikin Maembong telah menerima satu komen yang agak kurang ajar seorang seorang individu baru-baru ini. 

Individu tersebut menulis komen kepada Shikin dengan melabelnya tidak cantik selain memanggilnya dengan gelaran betina. 

Shikin yang merupakan isteri kepada penyanyi serta komposer Cat Farish, ternyata terkejut dengan komen berkenaan. 

Ini yang ditulis oleh individu terbabit. 

Shikin yang ternyata sudah hilang kesabaran berkata, dia akan membuat report dan mungkin akan mengambil tindakan saman terhadap individu terbabit. 

Ini kenyataan dari Shikin.  

“Tidak tahu apa agaknya yang buatkan individu ini begitu marahkan sangat pada saya ni, saya dah cukup menahan sabar dengan orang yang nak buat seperti ini pada saya.” 

“Tunggu saya ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk buat report ya.” 

“Orang seperti ini, tunggu saja surat saman. Ingat polis tak boleh kenal pasti ke awak tu siapa?” 

Kakak kepada Emma yang kini berumur 40 tahun ini sering menjadi komen tidak baik dari orang ramai kerana keadaan wajahnya. 

Wajah Shikin ada sedikit senget dan ini berlaku kerana pernah terkena Bell Palsy, sakit saraf di bahagian muka. 

Sehingga kini, Shikin masih lagi menerima rawatan untuk keadaan wajahnya itu.  

“Sebelum ini saya selalu dijadikan bahan ketawa sebab nampak wajah saya ni tak normal.” 

“Jika senyum bibir saya kelihatan senget dan kelipan mata saya pun memang tak seimbang.” 

Shikin Maembong kini giat aktif dalam bidang perniagaan pisang goreng. 

Malah ketika berniaga, dia mula berkenalan dengan penyanyi terkenal Cat Farish dari kumpulan Ruffedge. 

Shikin Maembong dan Cat akhirnya bernikah sebagai suami isteri pada bulan Julai tahun 2023 yang lalu.