Semua aset perniagaan, kereta, rumah kini milik Aisyah Hijanah

2,407 views

Pada tahun 2023, antara kisah yang diketahui ramai ialah tentang kisah rumah tangga influencer bernama Aisyah Hijanah dan juga Alif Teega. 

Perkahwinan kedua Alif Teega bersama seorang wanita lain menjadi buah mulut ornag ramai. 

Namun kini, sudah mahu masuk ke tahun 2024, Aisyah telah mendedahkan perkembangan terkini dirinya dan juga Alif. 

Aisyah mendedahkan bahawa suaminya itu telah menyerahkan segala aset, harta mereka kepada nama Aisyah. 

Alif telah bersetuju menukar nama semua perniagaannya yang diusahakan bersama kepada nama Aisyah Hijanah. 

“Semua hasil titik peluh yang telah kami bina dari mula, secara bersama suami iaitu aset harta sepencarian, telah dipindahkan 100 peratus kepada milik Aisyah.”  

“Dan ini termasuklah juga share Hijanah Official. Semuanya 100 peratus, termasuk juga rumah, kereta dan juga aset-aset yang lain.”  

Jelas Aisyah, dia akui memang wanita mempunyai emosi yang lebih dari lelaki, namun yang penting jangan biarkan emosi serta perasaan melebihi fikiran. 

“Jangan mahu menghancurkan semuanya hanya disebabkan amarah kita. Kena secure semua hak dan juga usaha kita.” 

“Catat segala aset bersama dan buatlah satu agreement khas. Jika mampu hire peguam, silakan.”  

“Di peringkat awalnya mungkin kita akan blur, tapi bila kita cuba bertenang serta telah berdamai dengan takdir, kita akan dapat jalan. Jangan mahu mengalah terlalu cepat.” 

“Jangan biarkan emosi menumpaskan, mengawasi kebijaksanaan.” 

Jelas Aisyah lagi, dirinya bukanlah seorang yang mahu harta sebaliknya ini merupakan satu jaminan buat dirinya dan juga anak.  

“Ini tak bermakna kita ni tamak atau pun gila pada harta. Tetapi kita mahu secure serta jaminan untuk diri dan juga buat anak-anak.” 

Aisyah Hijanah juga sempat berterima kasih kepada Alif Teega kerana memberi kerjasama yang baik untuk penukaran nama aset-aset mereka.