Pelakon terkenal Dato Aaron Aziz, 46 tahun, dan isterinya Datin Diyana Halik, 40 tahun, melalui detik cemas apabila bilik hotel yang didiami oleh mereka telah disedari mempunyai seekor tikus didalamnya.
Kejadian ini berlaku di sebuah hotel yang diinapi oleh pasangan suami isteri ini ketika mereka berdua berada di negara Kemboja atau Cambodia.
Aaron Aziz telah merakam satu video yang mana pada mulanya sampai melompat ke atas katil untuk melihat tikus itu.
Tak lama kemudian mereka berjaya menangkap tikus itu setelah haiwan berkenaan melalui perangkap tikus yang dipasang.
Setelah menerima aduan dari Aaron Aziz dan isteri, pihak hotel telah memasang jerat dan kemudian tikus it uterus terkena jerat berkenaan. Video tikus itu turut ditayangkan.
“Macam mana ni ye, bilik ni bersih atau tak. Boleh pula hotel cakap tikus ni datang dari luggage kami. Kita datang sini hanya bawa baju dan dana bukannya kami bawa tikus. Dah cakap banyak kali tolong lepaskan. Hotel kata dah lepaskan. Harapnya betul lah tu.”
Melalui satu lagi video, Aaron Aziz melahirkan rasa risau keraan sebelum ini pernah alami sendiri penyakit yang dibawa oleh tikus iaitu demam kencing tikus atau lebih dikenali dengan nama leptospirosis.
“Semua dah tengok video cucu aku tu, video tikus tu. Sebenarnya kami tak tidur dah di bilik tu, sebab asyik terfikir saja.”
“Sebelum ni aku pernah kena kencing tikus tu, memang cuak la, harap tak demam lah, sebab kalau dah demam tu memang tanda dah kena.”
Aaron Aziz berkata, setelah pulang dari misi membantu dana di Kemboja, dia dan isteri telahpun tukar ke bilik lain.
Untuk info, Dato Aaron Aziz dan isteri ke negara Kemboja untuk memberi dana membantu membina masjid untuk komuniti di sana.