Sudah 6 tahun membina mahligai bahtera perkahwinan, pelakon Aprena Manrose dan suami, Mohd Afiq Hazman redha dengan ketentuan bahawa belum ada rezeki zuriat.
Tiada tekanan, dan sentiasa positif, kini Aprena Manrose, 29 tahun, membuat keputusan untuk bercuti panjang dan berehat demi memberi tumpuan sepenuhnya dan berusaha mendapatkan zuriat sulung bersama suami.
“Sekarang ni saya sedang cuti rehat dari berlakon kerana mahu fokus dengan usaha untuk dapatkan cahaya mata.”
“Semua pun tahu, saya dah kahwin selama 6 tahun, tapi belum ada rezeki dapat zuriat. Oleh itu saya dan suami kini berehat sebentar dari kerja.”
Penat bekerja memang antara faktor Aprena Manrose belum dapat zuriat, dan cuba hamil secara semulajadi.
“Saya dan suami belum rancang buat IVF pun. Cuma sekarang nak rehat badan. Sebab kalau perempuan terlalu penat bekerja, susah untuk bersama suami. Bila badan penat macam mana nak buat anak kan.”
“Kami dah buat pemeriksaan kesihatan dan kami sihat. Tak ada sebarang isu untuk mendapatkan anak. Cuma belum rezeki lagi.”
“Suami pun ada cakap pada saya agar rest dari kerja dulu. Suami saya dan juga family mertua amat memahami dan tak ada pun tanya tentang hal anak.”
“Jujurnya saya dan suami pun tak ada terlalu tertekan untuk fikirkan soal anak. Kami jalani kehidupan berdua maca biasa saja, bersama-sama. Doakan kami yang baik-baik.”
Tentang kerjayanya, Aprena Manrose berkata dia dah bercuti berbulan-bulan, dan mungkin akan mula bekerja bulan depan, tetapi tak ambil yang berat.
“Kemungkinan saya akan kembali kerja pada bulan depan selepas beberapa bulan berehat. Itu pun saya tak ambil job banyak sangat.”
Aprena Manrose merupakan adik kepada Oktovia Manrose dan merupakan sepupu kepada pelakon adik beradik Uqasha, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose.