Sarah Hildebrand malu, benda macam tu lebih bagus simpan untuk diri saja

7,707 views

Sarah Hildebrand menjawab persoalan kenapa agak lama dia muatnaik gambar bersama suaminya Otto Gillen.

Menerusi satu posting di laman media, Sarah Hildebrand mohon kemaafan kepada peminatnya sebab jarang upload foto suami kerana mahu menyimpan momen kemesraan antara mereka di dunia yang nyata sahaja.

Jelasnya hal seperti ini lebih lebih baik simpan untuk diri sendiri dan suami sahaja.

Ini komen Sarah Hildebrand kepada peminatnya:  “Sorry sangat, kami suami isteri jarang display public affection. Saya rasa malu lah walaupun kami ini dah kahwin. Kadangkala hal macam ni lebih baik sekiranya kita simpan untuk diri sendiri saja”.

Diruangan komen, ramailah netizen yang memberi pendapat masing-masing. Dan sememangnya ramai juga yang amat setuju dengan kenyataan dari Sarah ini.

Ramai juga memuji mengatakan Sarah, walaupun salah seorang public figure yang sepatutnya memerlukan perhatian, tetapi Sarah tetap dapat berfikir sedemikian.

Ini antara komen balas dari orang ramai: “Setuju sangat dengan Sarah. Sampai masa kita akan rasa saya perlu privacy. Ada ketika tanya diri sendiri, apa yang aku nak tunjuk dan buktikan pada orang luar sebenarnya dengan upload gambar di laman media”.

Seorang lagi peminat menulis ayat ini: “Bagus betul tak tunjuk kat public. Sebahagian iman adalah malu“.

Dalam pada itu ada juga menyatakan rasa inspirasi dengan Sarah kerana hal ini. “True, good for you both and jadi inspirasi untuk semua artis or semua orang kat luar sana kerana tak perlu nak show off romantika pics to all kan. Tambah lagi yang belum nikah tu”.

Untuk info buat semua, Sarah Hildebrand berkahwin dengan Otto Gillen pada tahun lepas, sekitar bulan November 2019. Otto mempunyai darah dari negara Philippine dan juga Amerika Syarikat.

Mereka berkenalan setelah Sarah Hildebrand melawat bapanya yang jatuh sakit di negara Amerika Syarikat dan Otto merupakan kenalan familynya di sana.