Tak boleh lengah lagi, tak nak hati bolak balik, Zara Zya sahkan dah bertudung

7,117 views

Syukur kini pelakon Zara Zya mengesahkan bahwa dia dah pun berhijrah untuk menutup aurat dan memakai hijab sepenuhnya.

Sejak beebrapa hari lepas, Zara Zya yang kini sudah memasuki usia 35 tahun, dilihat telah upload beberapa keeping gambar dirinya mengenakan tudung.

Hal ini sekaligus membuatkan ramai yang tertanya adakah pelakon ini sudah berhijrah sepenuhnya.

“Sejujurnya, saya kini dalam proses untuk biasakan diri dalam penghijrahan ini. Saya harap doa yang baik-baik untuk saya.

“Perkara ini berlaku mengikut gerak hati. Dah tak perlu nak lengahkan. Saya tak nak hati rasa berbahagi ketika laksanakan tuntutan wajib ini.

“Selepas selesai penggambaran drama berjudul Beri Sedikit Waktu pada hari Jumaat lepas, saya terus tekad untuk pakai tudung sepenuhnya”.

Pelakon ini turut bertekad menolak beberapa offer drama yang kurang sesuai dengan imej barunya itu.

Malah Zara turut telah ambil keputusan untuk jual pakaian lama yang terdedah sana sini sejak minggu lepas.

Kata Zara Zyra, untuk berubah kearah kebaikkan seperti ini, hatinya kenalah jadi kuat dan bersungguh-sungguh.

“Berkaitan hal istiqamah ini bukan senang. Harapnya Allah akan kuatkan hati serta jiwa saya ini. Dengan izinnya, saya nak masa depan jadi lebih terang dari hari yang lalu.

“tentang baju lama tu, tak ada langsung rasa sayang ketika saya nak let go semuanya. Saya memang tak sabar nak berubah dan menutup aurat selama ini. Semoga ini akan jadi permulaan yang baik buat hidup saya”.

Seperti biasa, sekiranya seseorang itu baru berhijrah, ramai yang akan tanya tentang kerjaya selepas ini dan bagi Zara Zya soal rezeki itu dia percaya sentiasa ada.

“Ketika ini saya tak ada pikir lagi tentang soal kerjaya, tawaran berlakon dapat ke tak lepas berhijab. Saya percaya pada rezeki itu luas dan datang dari Allah.

“Apapun saya dah banyak beli tudung dan pakaian baru untuk perubahan ini”.

Tahniah buat Zara Zya atas perubahan yang baik ini. Dapat dilihat para followernya terus memberi sokongan menerusi ruang komen yang mengharapkan Zara Zya akan kekal dengan imej sedemikian.