Penyanyi yang juga ahli kumpulan Elite, Sasha Saidin antara rakyat Malaysia yang sudah dicucuk dengan vaksin untuk melawan Covid.
Kakak kepada Zain Saidin ini menerima suntikan vaksin di negara UAE, tempat dia menetap setelah bernikah dengan suaminya, Sirhan.
Sasha bercerita tentang penerimaan suntikan vaksin itu melalui laman media sosial. Jom baca.
“Syukur sangat, alhamdulillah. Semalam saya dan suami dah completed suntikan vaksin Sinopharm. Kami menerima the 2nd dose tepat 21 hari selepas disuntik dengan dose pertama di Emirates Field Hospital di UAE.”
“Kami berdua diberitahu bahawa 2nd dose ini adalah satu booster kepada dose pertama untuk maintain efficacy rate. Ketika disuntik dose pertama kami berdua tak ada kesan seperti fever atau sebarang allergies. Untuk suntikan dose kedua ini, selepas pulang, kami ada terasa sedikit penat dan mengantuk. Selepas tidur, kami dah berasa cergas kembali.”
“Kami berdua dalam keadaan yang baik dan sihat, dan kami dah kembali dengan rutin harian seperti dulu.”
“We are grateful for being able to receive the Sinopharm vaccine dan kami berdoa agar vaksin ini akan dapat memberi protection kepada kami seterusnya membuat semua yang tersayang selamat.”
Bercerita tentang pengalamannya di hospital UAE, Sasha dan suami kagum dengan para doktor dan staff yang sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik walaupun melayan lebih seribu orang setiap hari.
Sasha Saidin turut menulis agar semua orang sentiasa patuh dengan SOP agar rantaian Covid ini dapat diputuskan.
Penyanyi ini bernikah dengan Sirhan pada bulan January tahun 2020, dan kemudian mengikut suaminya itu yang bekerja di negara UAE. Sirhan merupakan seorang duda yang mempunyai dua orang anak manakala Sasha Saidin pula merupakan ibu tunggal kepada seorang anak.
Dari satu komen, Sasha Saidin dikhabarkan akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi.