Pelakon baru yang sedang meningkat naik iaitu Syazlin Zainal disahkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada petang semalam.
Aktres yang juga influencer berumur 26 tahun ini pergi buat selamanya di Johor dan punca pemergiannya masih lagi dalam siasatan dan tidak didedahkan oleh keluarga dan rakan terdekat.
Berita pemergian Syazlin Zainal ini dikongsikan oleh rakan dan juga sepupunya yang juga amat rapat dengannya.
Antara yang emmberi kenyataan ialah rakannya bernama Zeatyalia. Ini kenyataan dari wanita ini.
“Saya telah kehilangan kawan saya pada hari ini dan saya tak tahu macam mana nak jelaskan perasaan diri saya sekarang ini.”
“Kepala saya amat serabut untuk faham hal ini. Sedekahkan al-Fatihah buat Syazlin Zainal.”
Jelas Zeatyalia, dia tak mahu memberi kenyataan lanjut terutama tentang punca pemergian Syazlin Zainal.
“Saya tidak akan cerita lanjut tentang penyebab kematiannya demi mahu menghormati privasi pihak family Syazlin.”
Selain itu, sepupu kepada Syazlin Zainal bernama Trisya Azahar turut mengesahkan hal ini.
“Mohon semua dapat doakan kepada sepupu saya, Syazlin Zainal. Semoga Alin kini tenang di sana dan akan ditempatkan syurga buat kamu. Baru saja kita berhubung nak berjumpa. Al-Fatihah.”
Di laman Instagram milik Syazlin Zainal, ramai rakan artis yang memberi ucapan antaranya Nadia Brian, Anna Jobling, Scha Elinnea, Tya Ariffin, Nabila Razali dan juga Elisha Sandha.
“Kami akan merindui awak, Alin. Kamu rehatlah sepuas-puasnya, Al fatihah.” Itu yang ditulis oleh pelakon terkenal Anna Jobling.
“Pergi terlalu awal Alin,” Tulis Nabila Razali.
Ini antara komen dari para rakan artis di ruangan komen entry terakhir Syazlin Zainal yang sedang review kuah rojak petis yang dimuatnaik semalam.
Syazlin Zainal sebelum ini pernah berlakon dalam beberapa drama antaranya, Oh My Hantaran, Takdir Yang Tertunda, Potong, Dia Yang Ku Jadikan Suami dan juga drama Ada Yang Mengikut.