“Saya ada baca syarat bakal suaminya, saya keliru” Iqbal akui ada hati pada DS Vida

10,809 views

Sebelum ini ahli perniagaan Datuk Seri Vida ada mengatakan bakal suaminya adalah yang sama taraf dengannya yang bermaksud, sama dari segi umur, kerjaya dan juga sudah tentu mempunyai ekonomi yang kukuh.

Antara yang dikaitkan dengan kisah percintaan dengan DS Vida ialah Iqbal iaitu bekas pembantu Vida. Untuk yang tak tahu, kini Iqbal merupakan seorang founder kepada sebuah syarikat kosmetik dan juga telah berjaya dalam bidang perniagaan.

Menerusi satu laporan dari portal Mstar, Iqbal ada tampil mengulas hal berkenaan iaitu pasangan sama level dengan Vida.

Jelasnya dia keliru dengan kenyataan dari Vida itu yang mana sebelum ini pernah mengatakan mahu cari lelaki yang muda umurnya.

Saya ada terbaca kriteria atau syarat-syarat bakal suami yang dia mahukan. Namun begitu saya agak keliru, sebab dia kata mahu lelaki yang sama level dan sebaya umur dengannya. Kalau seingat saya dulu dia pernah cakap mahu yang muda, mungkin sekarang taste dia dah jadi lain pula.

Iqbal berkata ketika ini dia sedang berusaha untuk mengukuhkan ekonominya malah mampu memberi nafkah sejuta sebulan.

Kalau nak bercerita tentang kekayaan, memang diakui saya taklah kaya tapi sekarang saya sedang kerja keras untuk ke arah itu dan kewangan jauh lebih baik dari dulu. Jika setakat nak tanggung dia, saya masih mampu, dalam satu bulan RM1 juta pun InsyaAllah masih boleh.

Secara terbuka, setelah ditanya tentang kisah antara dirinya dan juga Datuk Seri Vida, akhirnya Iqbal akui masih ada hati dengan jutawan berkenaan.

Sekitar tahun 2017, hubungan kami pernah berliku, namun sekarang hubungan kami dah baik dan rapat semula. Hampir setiap hari kami contact melalui phone call, borak tentang kerjaya dan hal peribadi.

Sejauh mana hubungan saya pun tak pasti, dia tak pernah nak mengaku tentang hal ini, namun jujur saya cakap hati saya pada dia masih sama.

Saya tak tahu hati dia terhadap saya macam mana, dia bagai tak mahu mengaku perasaan itu. Saya tahu dia nak kahwin tapi tak yakin.

Terus terang saya cakap, pada tahun 2018 kami hampir mendirikan rumah tangga, dia dah jumpa keluarga saya dan kami pun dah buat ujian kesuburan, kami okay untuk ke fasa seterusnya namun ianya tak kesampaian.

Saya dapat rasa untuk kami ke fasa seterusnya atau berkahwin, ianya agak berliku, kerana dia kena fikir banyak hal termasuk anak-anak. Dia kena jaga banyak hati dan trauma dengan perkahwinan terdahulu.

Sekarang ni saya tak nak putus kawan, biarlah kami kawan saja macam biasa. Sayang u ada tapi kalau saya saja yang terhegeh padanya tak jadi apa pun. Kalau ada jodoh, adalah.

Itulah cerita dari pihak Iqbal tentang kisahnya dengan Datuk Seri Vida.