“Sukar dan terbeban” Janna Nick rasa putus asa, menangis ketika rakaman

5,096 views

Sebaik saja khidmat sebagai pengacara rancangan terkenal melodi telah tamat, Janna Nick kini menerima job untuk kendalikan satu lagi rancangan TV.

Namun yang bezanya kali ini merupakan rancangan berbentuk dokumentari, satu rancangan ilmiah yang diterbitkan oleh Radio Televisyen Malaysia atau RTM.

Rancangan niche dokumentari itu berjudul Banteras Covid, kandungannya berkaitan pandemic yang sedang melanda.

Sungguhpun mempunyai pengalaman sebagai pengacara, namun menjadi pengacara rancangan dokumentari ini dilihat agak mencabar dirinya.

Malahan Janna Nick akui dia hampir mengalah dan menangis ketika rakaman.

Pada awalnya saya boleh cakap dah hampir berputus asa dan pernah keluar air mata ni untuk sesuaikan diri.

Namun sebab penerbit terus beri kepercayaan dab cakap saya boleh bawa dan sampaikan dengan baik, oleh itu ianya saya jadikan sebagai sumber kekuatan.

Kata Janna lagi antara kesuakaran yang ditempuhi ialah mahu menghafal pelbagai fakta yang haruslah tepat. Ini berbeza dengan sebelum ini yang mana, Janna berada di zon selesa hanya mengacarakan tentang industry hiburan.

Sejujurnya untuk program kali ini, saya kena lalui banyak cabaran. Saya hampir putus asa semasa masa minggu pertama proses rakaman dan menangis sebab hal ini.

Sukar dan amat terbeban buat saya sebab kena hafal dan baca pelbagai fakta. Memang jauh betul dengan program hiburan yang lebih santai serta agak spontan sebelum ini.

Dah empat tahun saya jadi pengacara (program Melodi). Masuk industri pun dalam program hiburan. Tapi sekarang nak tak nak, saya kena selalu ikuti isu semasa dan harus siapkan diri lebih awal sebelum pergi nak buat rakaman.

Selain itu, Janna Nikc juga menyatakan kali ini dia turut kena turun ke set penggambaran sekaligus membolehkannya terdedah dengan virus itu sendiri. Satu cabaran yang besar.

Namun Janna Nick tetap gembira kerana rancangan ini boleh improvekan dirinya, membuatkan cara percakapannya lebih baik dan sebutan dengan lebih tepat. Rancangan ini memerlukan Janna bercakap dengan lebih formal.

Rancangan Banteras Covid musim baru ini mempunyai 13 episode dan boleh di tonton di TV1 setiap hari Ahad, jam 12 tengah hari. Jom support pengacaraan Janna Nick.