Rasa sayu dengan support dan sokongan dari para peminatnya, pelakon Nur Fazura dilihat tak dapat menahan air matanya dan menangis secara live setelah semua tudungnya telah sold out. Tudung Fazura sebanyak 80ribu kesemua dah pun sold out dalam masa dua jam ianya dilancarkan.
Fazura sebenarnya sayu kerana penjualan tudungnya itu dapat membantu seramai 4ribu peniaga kecil bernaung di bawahnya.
“Emosi sikit, takut I menangis. Terima kasih kepada semua my darlings, yang support tudung Fazura, kerana kalian semua yang support, korang dah bantu 4,000 peniaga kecil di bawah Faz yang hilang mata pencarian. Mungkin suaminya hilang kerja dan sebagainya.”
Sebaik habis bercakap, Fazura berhenti seketika dan pergi ke belakang kamera untuk menenangkan diri dan mengambil tisu untuk mengelap air matanya. Memang jelas teresak-esak Fazura ketika itu.
“Bagi Faz masa (untuk lap air mata dan tenangkan diri). Apalah nangis pulak kan, habis merah muka.” Kata Fazura selepas itu.
Isteri kepada Fattah Amin ini turut menjelaskan kenapa harga yang ditetapkan agak murah iaitu hanya berharga RM27 sahaja.
“Mengapa saya jual RM27, saya nak mahu orang boleh beli, mampu untuk beli. Ini bukan untuk Faz saja, kita pun nak bantu, kalau saya nak kaut untung boleh Faz jual mahal lagi.”
“Tapi Faz memang benar nak bantu, dan juga untuk semua empat ribu peniaga kecil. Mostly semua mereka merupakan golongan wanita, ibu, ada yang ibu tunggal dan sebagainya. Ramai yang hilang mata pencarian. Pelbagai dugaan yang mereka dah lalui.”
Selain itu, angka 27 itu juga ada maksud tersendiri apabila turut mengambil tarikh hari lahirnya dan juga Fattah Amin.
Sekiranya dikira secara umum, tudung yang terjual sebanyak 80 ribu helai, dan dengan harga RM27, dianggarkan hasil sale mencecah lebih RM2 juta. Satu pencapaian yang amat baik.
Fazura baru saja menceburi bidang penjualan tudung ini sekitar bulan Julan lepas, dan untuk edisi Merdeka ada 10 design dilancarkan, semuanya dah habis. Tahniah Nur Fazura.