“Saya beri masa 24jam, atau saman” Caprice ambil tindakan terhadap jenaka MYDIN

3,042 views

Siapa tak kenal dengan penyanyi dan juga entrepreneur terkenal, Caprice. Ketika ini Caprice sering saja mengupas isu terkini yang berlaku di tanah air. 

Antara topik yang sedang hangat dari Caprice di waktu ini ialah isu melibatkan kes pendakwa selebriti dari Pencetus Ummah. 

Ada banyak reaksi tentang penglibatan dari Caprice terhadap kes ini, ada yang sokong dan ada juag yang sebaliknya. 

Nama Caprice juga naik kerana ada beberapa lagi isu yang cuba dibangkitkan oleh penyanyi ini termasuk kes lelaki mengaku keturuan nabi, kes cikgu yang sedang viral dan juga kes doktor Hanafi sikat tepi. 

Kerana banyak sangat kes yang cuba diulas dan disertai oleh penyanyi ini, ada netizen yang meminta Caprice untuk buka balai aduan untuk buat report. 

Apapun, hal Caprice seringkali campuri kes-kes viral ini, ada pihak yang turut berjenaka dengan menjadikannya bahan. 

Antaranya ialah dari syarikat Mydin, gergasi barangan runcit di Malaysia. 

Mydin ada berjenaka dalam satu postingnya dengan mengatakan tidak memerlukan topi dan juga beras, nama yang sinonim dengan Caprice. 

Melihat jenaka dari Mydin ini, Caprice telah pun tersinggung dan mahu ambil tindakan. 

Dari kenyataan Caprice, dia mahu Mydin meminta maaf dan menurunkan posting berkenaan atau akan menyaman syarikat berkenaan. 

“Kerana posting dari Mydin pada 19 Oktober, Caprice telah dimalukan oleh jenama berkenaan, yang mana tempat dia selalu membelibelah.” 

“Dimalukan secara public, Caprice tidak rasa selamat buat selamanya oleh pelanggan, pekerja dari Mydin.” 

“Kami akan teruskan tindakan undang-undang dan harap Mydin akan buat video minta maaf di atas perbuatan tersebut.” 

Caprice juga ada buat countdown di Ig story miliknya sejak malam tadi. 

“Saya beri masa 24jam kepada Mydin, atau akan saman sebanyak RM30juta.” 

Itulah kes melibatkan Caprice dan juga pihak syarikat Mydin.