15 tahun menyepi, Waheeda tampil dalam video Bienda, nak buat comeback?

890 views

Penyanyi yang juga usahawan, Bienda kini dah mempunyai ramai peminat. Sejak akhir-akhir ini, ramai sukai dengan perjalanan hidup Bienda terutama dalam bidang perniagaan bersama suaminya. 

Pernah tular menjual pau di tepi jalan dengan kelihatan amat cantik sehingga digelar bidadari, Bienda kini mempunyai lebih 200ribu pengikut setia. 

Selain menjual pau bersama suami, Bienda juga mempunyai perniagaan tudung yang laku keras.  

Kali ini bukan mahu bercerita tentang Bienda, tetapi lebih kepada seorang artis yang sudah lama menyepi dari industri seni tanah air. 

Ceritanya bermula apabila Bienda dilihat akan tampil dengan naskah baru dan akan bekerjasama dengan penyanyi dah lama tak tampil selama 15 tahun lamanya iaitu Waheeda. 

Kepada yang tak ingat, Waheeda dikenali dengan nama Waheeda Wassini lagu popular dulu berjudul Wassini, nukilan dari Yasin Sulaiman. 

Ada satu video yang menunjukkan Waheeda Wassini telah tampil di satu video bersama Bienda. 

Video berkenaan dimuatnaik di satu saluran Tiktok Biendalovers. Ini caption yang ditulis. 

“Satu kerjasama yang amat ditunggu-tunggu dan juga yang dinanti-nanti. Doakan supaya semuanya akan dipermudahkan ye.” 

Dalam pada itu, menerusi satu laman media dikatakan digunakan Waheeda, dia ada berkata memang akan bekerjasama dengan Bienda. 

“Budak cantik ni kan, manja. Soon ok, susahnya dia nak jumpa ahli perniagaan wanita ni, selalu busy, nasib baik saya sayang.” 

Ramai yang ternanti apakah kerjasama yang akan dihasilkan oleh kedua mereka ini, dah tentu memang best. 

Untuk info, Waheeda berkahwin dengan Akhil Hayy dan dikatakan masih dalam dunia seni namun hanya dibelakang tabir saja sebagai producer. 

Imej Waheeda memang amat baik dan kini telah pun berniqab dan lama tidak muncul di kaca TV.