“Saya 31 tahun, masih muda, 31 tahun kena nampak macam makcik ke” Atikah Suhaime

1,426 views

Kalau berbicara tentang umur dan penampilan seseorang, ianya merupakan perkara yang agak sensitif untuk seseorang. 

Mungkin ada yang tak kisah dan tak peduli, tetapi masih ada yang mudah tersentuh dan terasa jika dimainkan tentang isu umur ni. 

Itulah yang berlaku dan terjadi kepada pelakon cantik yang berasal dari negara jiran Singapore iaitu Atikah Suhaime baru-baru ini. 

Atikah Suhaimi ada membuat satu video berbicara tentang hal ini apabila ada yang bertegur sapa dengannya dan mengatakan dia nampak muda. 

Bagi Atikah Suhaime, hal ini agak pelik buat dirinya, memandangkan dia sebenarnya masih lagi muda. 

Pada umurnya di usia 31 tahun ini, Atikah tertanya tanya mengapa ada yang kata dia nampak muda. 

Ini komen Atikah Suhaime tentang isu ini. 

“Kadangkala I pelik apabila orang jumpa I dan dia akan cakap, Atikah you ni still look young. I memang pelik, I ni baru umur 31 tahun, bukan 50 tahun.” 

“Apa kalau umur dah 31 tahun ni, kena nak nampak macam makcik-makcik ke macam mana?” 

“Dah tentulah I look young, sebab umur 31 tahun ini, masih lagi muda. Bukan tua lagi.” 

Luahan hati dan perasaan dari Atikah Suhaime ini mendapat pelbagai reaksi dari netizen di luar sana. 

Ada yang mengatakan bahawa Atikah Suhaimie salah faham, kerana itu merupakan stu pujian, mungkin mereka nak cakap Atikah ni nampak macam umur belasan tahun. 

Namun ada juga yang bersetuju dengannya yang mengatakan, ada saja yang ingat seseorang tu nampak berumur dan main cakap saja. 

Apapun, apa yang pasti di umur 31 tahun ini, Atikah Suhaime memang nampak muda dari umur, macam di awal 20an dan masih cantik orangnya.