“Saya beritahu pekerja saya untuk tengokkan ayah” ~ Syamsul Yusof

10,354 views

Syamsul Yusof kini amat gembira setelah filem Mat Kilau disahkan sebagai filem tempatan paling cemerlang dalam sejarah penfileman tanah air. Mat Kilau telah berjaya menjadi filem nombor satu sepanjang zaman setelah mengutip lebih 50juta dalam masa dua minggu.

Kejayaan ini bertambah manis apabila Syamsul berkata, ianya turut diterima oleh ayahnya iaitu producer Datuk Yusof Haslam.

Kata Syamsul, sejak masuk ke dunia seni pada umur 18 tahun, memang ayahnya merupakan orang paling banyak memberi komen kepadanya.

“Ayah saya biasalah, dia memang pengkritik saya yang pertama, nombor satu. Sebelum ini, filem saya yang paling dia suka tapi dia tak beritahu saya pun ialah Munafik sekuel, yang nombor dua. Tetapi, saya tahu juga.”

“Kini selepas dia dah tonton filem Mat Kilau, saya tahu filem Mat Kilau ini yang paling dia sukai. Ianya dihasilkan oleh saya. Kata staff saya, ayah tengok dan lepas itu dia hanya diam saja.”

“Selalunya, masa ayah preview filem saya, memang saya akan cabut lari dulu sebelum dia komen apa-apa. Tapi, saya akan beritahu staff saya untuk tolong tengokkan ayah.”

“Kata staff, ayah saya cakap dia tak pernah tengok filem epik yang bagus selain filem Bukit Kepong lakonannya. Oleh it saya amat hargainya.”

“Memang semasa saya buat filem Mat Kilau ini, saya nak tunjuk kat ayah saya, ayah tengok ini.”

“Saya tahu, ayah saya memang tak akan cakap, bagusnya kau ni. Namun saya hanya akan tahu hal itu dari rakan. Ada jugalah dia cakap sikit kat saya, dia cakap okey bagus-bagus, itu sajalah.”

Syamsul akui bahawa ayahnya memang agak keras dengannya, apatah lagi sebagai anak sulung.

“Ayah saya sifatnya memang keras. Dan dia pun agak keras dengan saya. Mungkin, sebab saya ni anak pertama dia. Tetapi dengan adik saya, dia ada berlembut sikit.”

“Apapun ketegasan dia yang buat saya disiplin buat filem seperti ini. Memang benar, ayah merupakan influence saya.”

Selain Datuk Yusof Haslam, Syamsul Yusof juga menyukai cara pengarahan director seperti Shuhaimi Baba, Bade Azmi, Rashid Sibir, Aziz M Osman, dan juga Erma Fatima.