“Saya boleh lembutkan Inspektor Shiela” Ahmad Iqbal

2,431 views

Nama inspector Shiela Sharon kini memang dah terkenal orang ramai. Pelbagai isu melibatkan anggota polis ini, namun semuanya sisi memperlihatkan wanita ini sering saja dilihat buat hal atau naik angin. 

Baru-baru ini Shiela sendiri ada bertanya adakah mana-mana lelaki di luar sana yang mahu memperisterikan dirinya yang dilihat sebagai seorang yang amat lantang atau garang. 

Melihat posting tentang inspector Shiela ini, antara yang turut memberikan respon ialah usahawan yang juga pelakon dan penyanyi iaitu Ahmad Iqbal. 

Berilah pada saya saja.” Tulis Ahmad Iqbal di ruangan komen. 

Jelas Iqbal, 29 tahun, dia mahu mendekati inspector Shiela dengan lebih lanjut dan akui dirinya ketika ini agak sunyi.  

“Yes, memang saya sunyi sekarang ini. Memang tak ada kekasih nak ajak keluar date bersama. Oleh itu tak salah kalau mencuba nasib untuk mencari teman hidup.”  

“Sejak nama dia mula disebut-sebut, saya ada melihatnya di media sosial. Saya mula tertarik dengannya. Ramai selalu cakap benda tak baik tentang dia, itu yang buat saya sedih.” 

Kata Iqbal lagi, dirinya memang minat wanita yang agak tegas dan garang. 

“Saya akui memang sukakan wanita yang garang, kalau dia lagi garang, lagilah saya suka. Akan tetapi saya juga percaya dia ni sebenarnya seorang yang manja.”  

“Benar, saya perlukan wanita yang garang macam dia agar boleh memarahi kalau saya ni nakal.” 

“Alangkah bahagianya kalau menjadi teman Sheila dan dia menyiapkan kopi tiap pagi.” 

Dalam pada itu, kata Iqbal lagi, kalau tak kenal seseorang lebih mendalam manakan mungkin boleh tahu isi hatinya. 

Iqbal juga berkata, mana tahu, di masa akan datang dia mampu memberi sisi yang lembut kepada Inspektor Shiela

“Bak kata Shiela sendiri, tak kenal maka tak cinta, saya rasa dia taklah garang sangat kat luar, jika betul garang pun, mana tahu saya boleh lembutkan Inspektor Shiela.”  

Apapun, kata Ahmad Iqbal, apa paling penting untuk dirinya ialah seseorang itu haruslah memahi dirinya dan juga anak angkatnya, Ziyad.  

“Apa yang paling penting untuk ciri wanita idaman ialah wanita berkenaan perlulah sayangi diri saya dan anak saya.” 

Itulah kenyataan dari Ahmad Iqbal tentang Inspektor Shiela