Hutang dengan Aliff Syukri, ini respon Tan Sri Abdul Kadir

11,292 views

Ahli politik, yang juga bekas menteri, Tan Sri Datuk Panglima Abdul Kadir Sheikh Fadzir, kini terpalit dengan satu isu melibatkan hali perniagaan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri. 

Aliff Syukri telah mendedahakn kepada umum bahawa Abdul Kadir telah berhutang dengan dirinya sebanyak beberapa puluh juta Ringgit. 

Hal ini dihebahkan melalui posting Aliff Syukri di laman media sosialnya bebrpaa hari kebelakangan ini. 

Setelah hal ini diketahui umum, akhirnya Abdul Kadir tampil memberi sedikit kenyataan. 

Jelasnya, beliau telah serahkan hal ini kepada pihak peguamnya untuk uruskan segala isu termasuk ugutan yang dibuat oleh Aliff Syukri. 

Kata Abdul Kadir lagi, dia tak mahu meletakkan kedudukannya sama level dengan Aliff Syukri. 

Ini kata dari Tan Sri Abdul Kadir seperti yang dilaporkan Malasia Kini.  

“I don’t want to go down to their level. Saya tak mahu merendahkan diri ke level Aliff Syukri.”  

“Sekarang ini pihak peguam saya sedang menguruskan perkara berkenaan.” 

Diimbas kembali, Aliff Syukri yang kini sedang mengerjakan ibadah haji, sempat menulis dua posting mengatakan ada seorang ternama yang juga bekas menteri berasal dari Kedah ada berhutang puluhan juta dengan dirinya. 

Kata Aliff Syukri orang ternama berkenaan mempunyai banyak aset sehingga mempunyai status billionaire. 

“Siapa kenal Tan Sri ini? Minta dia bayar duit saya berpuluh juta. Dia mesti kaya sebab bekas menteri.” 

“Waktu dulu masa nak minta bantuan dari saya terhegeh hegeh nak jumpa dengan saya.” 

“Buat masa sekarang saya tak mahu cerita hal sebenar, sebab nanti malu Tan Sri ni dengan keturuan dia malu juga.” 

“Kalau ada anak dia, atau saudara dia nampak posting ni minta dia hubungi saya, kesian saya dan family saya.” 

Dalam pada itu, Aliff Syukri berkata dia membuat posting berkenaan kerana pihak berkenaan tidak lagi memberi sebarang respon, tidak angkat call dan hanya blue tick di whatsapp saja. 

“Saya percaya Tan Sri ni orang ternama ada beribu aset dan seorang billionaire. Setakat duit saya puluhan juta boleh bayar semula.” 

“Pelbagai usaha saya cuba untuk berdamai, mesej yang seen saja whatsapp, call datak dijawab. Saya berani kerana benar.” 

Itulah kisah terkini melibatkan kes antara Datuk Seri Aliff Syukri dan juga seorang bekas menteri yang dikatakan Tan Sri Abdul Kadir.