“Cara dia berlagak” Shuib tolak temui John Dihani, jumpa di mahkamah

5,030 views

Semalam seorang warga maya bernama Zulhairi, yang telah menulis komen tak benar tentang Shuib Sepahtu dan arwah Siti Sarah telah pun selesaikan kes mereka secara terbuka. 

Zulhairi meminta maaf kepada Shuib dan sesali perbuatannya. Shuib juga telah memaafkan perbuatan dari Zulhairi itu dan berharap perkara berkenaan tidak lagi berulang. 

Mereka berdua berpelukkan sambil disaksikan pihak media. 

Ini penulisan dari Zulhairi. 

Setelah satu kes selesai, seorang lagi warga maya bernama John Dihani turut tampil menulis di laman media sosial, memintaa maaf kepada Shuib. 

Sama seperti Zulhairi, John Dihani juga ada menulis komen yang tak benar tentang Shuib. 

John Dihani turut akui kesilapannya menulis komen dan amat kesali perbuatannya itu.   

“Saya John Dihani secara rendah diri dan penuh menyesalan atas khilaf yang saya lakukan. Saya pohon maaf secara terbuka kepada Shuib  dengan penuh ikhlas.” 

Ini pula komen John Dihani dan juga permohonan maaf kepada Shuib. 

Jelas John Dihani dia tak sedar apa yang dilakukannya itu akan memberi kesan dan impak yang besar kepada Shuib dan juga kepada keluarganya termasuklah arwah Siti Sarah. 

Lelaki berkenaan juga mahu berjumpa dengan Shuib untuk meminta maaf secara bersemuka. 

Namun begitu, nampaknya usaha John Dihani ini bagaikan tidak diterima oleh Shuib Sepahtu. 

Menerusi laporan Harian Metro, Shuib berkata dia mahu selesaikan kes dengan John Dihani ini melalui tindakan undang-undang, mahu naik mahkamah.  

Ini kenyataan dari Shuib tentang John Dihani.  

“Saya hanya nak bersemuka dan selesaikan isu itu dengannya di mahkamah saja. Sebarang perbincangan boleh dibuat melalui pihak peguam dan surat dah pun dihantar kepada individu berkenaan.” 

“Dia memang ada hantar mesej terus kepada saya semalam untuk minta maaf secara terbuka, namun saya ambil keputusan untuk tak nak jumpa dengannya kerana cara dia itu nampak sangat berlagak.”  

“Walhal saya ni tak kenali dia dan tidak pernah nak usik keluarganya. Kalau dia rasa dirinya hebat maka boleh temui saya di mahkamah.” 

Itulah kes antara Shuib Sepahtu dan John Dihani, nampaknya kes ini akan naik ke mahkamah lah.