“Saya bukannya cantik mana” Linda Hashim

14,969 views

Pasangan pelakon Linda Hashim dan suaminya Beego telah pun berbaik baik semula. 

Kini mereka berdua kembali mengukuhkan lagi hubungan suami isteri di antara mereka. 

Memilih jalan berbaik adalah yang terbaik kata kedua pasangan sama cantik sama padan ini. 

Namun ada juga yang bertanya, mengapa Linda Hashim jarang bergambar bersama suaminya itu. 

Apatah lagi tiada sebarang gambar ketika sambutan hari raya bersama suami pada tahun ini. 

Linda Hashim akhirnya menjawab persoalan berkenaan dan memberi penjelasan. 

Semalam, Linda Hashim ada muatnaik gambar terkini bersama Beego. 

Kata Linda, sebenarnya dia malu muatnaik gambar bersama suami dan mengatakan dirinya bukanlah cantik mana. 

“Salam semua, memang ramai yang tertanya tanya, di mana gambar saya dan suami.” 

“Saya bukannya tak mahu post gambar kami berdua, tetapi saya sebenarnya malu.” 

“Ye lah, saya ni bukannya cantik mana pun. Gambar ni pun gigih betul cari angle mana untuk nampak on point.” 

“Ni kami belanja satu gambar.” 

Selain itu, Linda Hashim turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua orang yang sentiasa mendoakan kebahagian dirinya dan Beego. 

Namun Linda akui bukan semua ornag suka pada dirinya. 

“Syukur alhamdulillah, kami berdua mah ucap terima kasih buat semua yang tak henti-henti utuskan doa buat kami dan beri kata-kata yang positif.” 

“Ada yang happy tengok kami, tetapi dah tentu juga ada yang tak suka, tak mengapalah, tak suka beberapa orang saja.” 

Beego yang pernah menganggotai kumpulan Phyne Ballerz didikan kumpulan KRU, telah berkahwin dengan Linda Hashim pada tahun 2013 dan sehingga kini mempunyai tiga orang cahaya mata. 

Semoga berbahagia selalu buat Beego dan juga Linda Hashim.