“Saya dah dapat kebenaran isterinya” -Rakan cerita kisah Daniel

6,581 views

Kisah tentang seorang lelaki yang kini telah pergi buat selamanya sedang viral di laman media. Mangsa ialah Syed Muhammad Daniel.

Dari satu perkongsian, ada yang menjelaskan siapa sebenarnya arwah. Ini tulisnya:

“Arwah Al Hafiz Syed Muhammad Danial Bin Syed Syakir. Seorang Pegawai Pelaburan di Maybank dan seorang Hafiz AlQuran di salah satu Maahad Tahfiz ahli PITAS di Shah Alam. Telah berkahwin dan mempunyai anak yang baru berumur 3 bulan. #SolidaritiUntukSyed”

Dalam pada itu seorang lagi sahabat telah menulis dan mengatakan arwah seorang yang amat baik malah berkongsi doa ketika berada di tanah suci.

Ini tulis sahabat mangsa:

“Ive gotten permission from arwah’s wife to share his doa’. This was his doa’ given to her while she was performing umrah last year. To those who dont know Syed Muhammad Danial bin Syed Shakir, stop posting hurtful comments. And to those who wants to know about him, this is how he truly was. He was a man with a heart of Gold. Indeed Allah is the Best Planner, the Most Merciful. READ it. A Doa’ for Everyone. Peace be with you brother.”

Dalam perkembangan terkini, pihak berkuasa telah memanggil dua adik ipar lelaki mangsa dalam kejadian viral yang berlaku di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara Selatan.

Adir ipar berkenaan telah memberi keterangan mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, hari ini.

Kedua lelaki yang berumur 19 tahun dan juga 22 tahun itu hadir ke balai polis di temani bapa mereka pagi tadi.

Untuk makluman, adik ipar berkenaan antara ahli keluarga terawal tiba di lokasi sebelum membawa arwah ke klinik kesihatan sebelum membawanya pula ke Nilai Medical Centre, di Negeri Sembilan.

Ini satu kenyataan tentang hal ini:

“Dia yang ada bersama memberi bantuan pernafasan kecemasan CPR kepadanya ketika dalam perjalanan ke Nilai Medical Centre.

“Saya harap dengan keterangan anak dapat membantu polis menjalankan siasatan secara terperinci,”

Sehingga kini pihak keluarga tak mahu ditemubual kerana masa belum sesuai dan dalam keadaan berduka.

Dalam pada itu, keluarga kini dikatakan dah mula menerima banyak pesanan daripada pelbagai pihak yang mengakui menjadi saksi kes berkenaan.

Kes ini masih dalam siasatan.