“Baby Talita patutnya lahir hari ni juga..” Luahan Raja Ilya

3,154 views

Pelakon Raja Ilya menyambut hari jadinya yang ke 37 tahun, pada tarikh 11 Julai 2022.

Sempena hari lahirnya yang ke 37 tahun ini, Raja Ilyan akui kedatanagn cahaya mata pertamanya merupakan hadiah serta anugerah terindah dalam hidupnya.

Memuatnaik naik detika ketika melahirkan anaknya itu, Raja Ilya mendedahkan sebenarnya mereka patut mempunyai tarikh lahir yang sama.

Apapun, Raja Ilya tetap bersyukur, anaknya telah lahir lebih awal, dari tarikh yang dijangkakan.

“Pada hari ini, ianya merupakan hari jadi saya yang ke 37. Dan baby Talita Love patut juga lahir pada hari ini.”

“Tetapi saya lega dan gembira juga sebab dia dah keluar lebih awal, kalau tak kami pun sambut birthday sama-sama.”

“Hadiah hari lahir saya yang terbaik dan terhebat ialah anak saya, my baby. Hadiah of the year.”

Selain itu, Raja Ilya turut menyatakan semua ahli dalam family kecilnya itu mempunyai birthday pada bulan yang sama iaitu bulan Julai.

“Kami semua lahir di bulan Julai. Talita Love lahir pada 1 Julai, saya lahir pada 11 Julai manakala suami saya Trent lahir pada 17 Julai.”

Sempena hari lahir dan kelahiran anak sulung, Raja Ilya sempat memberi catatat serta ucapan istimewa buat suami tersayang iaitu Trent Garret.

“Saya dah luang masa yang amat indah dan hebat dengan bergelar ibu dalam masa sebelas hari ini. Saya menyukai setiap detika yang dilalui.”

“My greatest gift, Talita Love Garret, sudah tentu terima kasih diucapkan buat suami saya, Trent di atas hadiah yang amat istimewa dan hebat ini.”

“Terima kasih di atas setipa rasa sayang yang diberikan, walhal muka dah koyak pun, you masih sayang saya sama saja. Happy Birthday to all July babies.”

Raja Ilya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberi ucapan hari lahir padanya.

Dalam pada itu di ruangan komen, ramai yang memberi ucapan kepada Raja Ilya, dan antara yang paling jelas ialah dari Lufya.

“I nak mengalirkan air mata” Tulis Lufya.

Raja Ilya kini menetap di Australia mengikut suaminya Trent Garrett.