Shuk perlukan wang untuk kelangsungan hidup, jual rumah RM1.2 juta

7,456 views

Dilanda pelbagai isu melibatkan rumah tangga dan wanitalain, pelawak Shuk Sahar akui hidupnya tak bahagia dan tak gembira. Malah kehidupannya juga sedang dilanda badai dan alami kesukaran.

Shuk ada menyatakan, dia kini dalam rancangan untuk let go rumah miliknya yang terletak di Denai Alan, Shah Alam. Harga yang dinilai ialah sebanyak RM1.2 juta.

Pelawak berumur 37 tahun ini sememanga memerlukan wang untuk business dan juga demi kelangsungan hidupnya.

“Sekarang ni saya mahu menjual rumah saya yang terletak di Elmina Ferrea tu dan harganya lebih kurang bernilai RM 1.2 juta.”

“Memang benar, sekarang ni saya amat memerlukan duit demi nak teruskan kehidupan saya dan juga mahu mulakan benda-benda baru. Sebab itulah saya perlukan duit.”

“Jika ada sesiapa yang mampu, dan sedang mencari rumah tu bolehlah hubungi saya, boleh DM saya.”

Melihat pengakuan Shuk yang sedang diuji, orang ramai telah menasihati pelawak berkenaan untuk kembali ke jalan sebenar, bertaubat dan pulang ke pangkal jalan.

Ramai yang menganggap, apa yang berlaku itu merupakan kesan perbuatannya sendiri yang sanggup menduakan isteri, bukan sekali tetapi banyak kali.

Ada netizen yang memberi contoh Aliff Aziz kepada Shuk, yang telah insaf dan kembali ke jalan lurus, di sampan kembali ke pangkuan keluarganya. Ini antara komen dari netizen.

“Jika kamu yang buat perangai kepada isteri, maka akan ditarik nikmat kamu.”

“Berubahlah Shuk, dekatkan diri pada Illahi yang maha Esa. Walau tak semestinya kembali kepada isteri tetapi mulakan kehidupan yang diredai.”

“Berbalik kepada Pencipta, jadi seperti Aliff Aziz. Isteri dan anak tu merupakan pembawa rezeki tetapi kamu telah sia-siakannya.”

Sehingga kini, perkahwinan antara Shuk dan Rossa Sera tidak diketahui statusnya. Sebelum ini dikatakan Rossa Sera telah memohon untuk berpisah dengan Shuk dan kes masih lagi berlangsung di mahkamah.