“Saya dan keluarga pun terkejut” Pengakuan anak buah Syafiq Kyle, pelakon baru Nabil Aqil

24,028 views

Pelakon baru Nabil Aqil, 25 tahun, akui dirinya amat terkejut mendapat tahu tentang pembatalan majlis pernikahan bapa saudaranya, Syafiq Kyle. 

Untuk yang tak tahu, Syafiq Kyle, 31 tahun, merupakan bapa saudara kepada Nabil Aqil, yang mula berkecimpung dalam bidang seni setelah menjadi finalis Hero Remaja. 

Sebagai keluarga, Nabil Aqil amat menghormati keputusan yang diambil oleh Syafiq Kyle dan juga pasangannya Mimi Lana. 

Katanya, sudah tentu Syafiq dan Mimi ada alasan mereka tersendiri untuk membatalkan majlis yang sudah hampir dengan tarikh yang dipilih. 

“Sebaik saja dapat tahu info tentang pembatalan majlis akad nikah dan resepsi Syafiq dari group WhatsApp family, memang saya dan keluarga amat terkejut. Ye lah majlis kan dah dekat.” 

“Lepas baca dibatalkan, saya pun baca balik, betul ke dibatalkan.” 

“Namun, kami tetap fahami situasi bapa saudara dan keluarganya. Oleh itu kami pun tak ada lah nak bertanyakan puncanya.” 

“Kami hanya tunggu keluarga Syafiq untuk menjelaskannya.”  

Kata Nabil Aqil lagi, sehingga kini Syafiq masih lagi berdia diri. 

“Sampai sekarang Syafiq pun masih lagi senyap, begitu juga dengan pihak keluarga.” 

“Itu kehendak Syafiq, oleh itu kami pun menghormatinya. Kalau dorang ready nak bagitahu nanti kita akan dengarnya.” 

Tentang Mimi Lana, Nabil Aqil berkata dia anggap pelakon wanita itu bagaikan ibu saudaranya walaupun hubungan mereka tidak lah rapat buat masa sekarang. 

“Kami tak ada lah rapat, tapi saya anggap dah nak jadi aunty saya lah.” 

“Mimi ni memang seorang yang cool dan chill. Terasa seperti kami sebaya, macam member saja.” 

“Cumanya, kami ni jarang berjumpa sebab masing-masing sibuk dengan kerja.” 

Itulah komen dari Nabil Aqil tentang kisah bapa saudaranya iaitu Syafiq Kyle yang membatalkan perkahwinan dengan Mimi Lana. 

Dalam pada itu, ibu kepada Syafiq Kyle turut menafikan bahawa anaknya dah bernikah dengan Mimi Lana seperti yang tular baru-baru ini. 

Eh tak adalah, mana ada mereka dah bernikah. Boleh tanya kepada Syafiq dan Mimi Lana nanti.” Kata ibu kepada Syafiq iaitu Rohaya. 

Apapun, sehingga kini, Syafiq Kyle dan Mimi Lana masih belum membuat sebarang kenyataan tentang status hubungan mereka, kita tunggu saja nanti pengumuman rasmi dari pasangan ini.