Scha Alyahya mengejutkan jutaan followernya apabila hilang dari laman media sosial. Dua hari lalu, akaun Scha Alyahya dilihat sudah lagi tiada atau dah deactivate.
Lebih buat ramai yang rasa risau, entry terakhir Scha Alyahya juga memperlihatkan dirinya seperti kecewa engan sesuatu.
Scha Alyahya ada menulis ayat ini, ‘I have enough’. Kemudian IG nya terus hilang.
Kini sedang mengandung 5 bulan anak kedua, akhirnya Scha Alyahya tampil menerangkan situasi yang berlaku kepadanya.
Akui dirinya agak beremosi kerana sedang mengandung, Scha berkata sebenarnya masalah kehilangan Ig miliknya itu adalah disebabkan masalah teknikal sahaja. Ini kenyataan dari Scha Alyahya.
“Do not worry ya, saya okay. Biasalah, wanita mengandung adakala emosi dan mood tak tentu. Sebenarnya tentang IG tu, saya secara tak sengaja telah deactivate akaun IG sendiri.
“Masa tu, saya nak upload sesuatu ke akaun media sosial lain. Saya tersilap deactivated akaun kerana cuba nak link kan akaun perniagaan Facebook dengan IG. Kalau nak di cerita panjang pula. Saya ringkaskan, begitulah situasinya.
“Sekarang ni, dah jadi satu hal pula nak active kan semula akaun tu kerana saya dah lupa password. Saya kini dalam proses nak aktifkan semula akaun tu.
“Nak cerita lanjut kat akaun Awal dan Lara macam tak sesuai pula. Oleh itu, saya kini tgh update semula dan cuba nak aktifkan balik”
Menjawab kenapa dia ada tulis tentang I have enough tu, Scha berkata masa tu dia tengah moody. Tapi sejujurnya dia okey sahaja.
“Kepada follower yang tanya atau risau keadaan diri saya ni, I am okay. Memang tak ada langsung niat nak dapat perhatian sesiapa. Tetapi, begitulah orang kata kalau sedang hamil, jiwa dan emosi sering kali tidak stabil”
“Tentang caption I have enough tu, ianya hal lain. Cuma, kalau orang hamil pun mood dan emosi boleh turun naik, apatah lagi kita manusia biasa”. Itulah penjelasan dari Scha.
Sekarang akaun IG Scha pun dah kemabli okey dah. legalah 5 juta follower beliau tu.
Scha Alyahya dan Awal Ashaari dijangka akan menerima kehadiran cahayamata kedua pada tahun depan sekitar bulan Februari.