“Saya ingat saya fasa pra-menopause” DS Vida risau tak ‘period’ empat bulan

9,129 views

Kisah antara Datuk Seri Vida dan juga bekas pembantu peribadinya bernama Ahmad Iqbal kini hangat diperkatakan. Khabarnya mereka rupanya hampir berkahwin pada 2018, malah sudah pun berjumpa dengan ibu bapa dan keluarga.

Ada juga kisah yang mana Iqbal mengatakan ketika itu, Vida juga ada buat ujian kesuburan dan telah disahkan masih lagi boleh hamil untuk mendapatkan zuriat.

Yang terbaru, ahli perniagaan berstatus jutawan ini bercerita pula tentang pengalamannya yang mana alilran period yang tak teratur.

Ada satu ketika itu, sudah empat bulan Datuk Seri Vida tidak datang perios sekaligus membuatkan dirinya cuak dan risau.

Beliau ingatkan, sudah hampir waktunya dia alami menopause di usinya ketika ini menjangkau umur nak masuk 50 tahun.

Empat bulan lepas saya tak period, usia saya dalam 50an, memang dah fasa nak menopause. Saya ingat saya di fasa pre menopause, saya tak putus asa minum Pamoga. Alhamdulillah, aturan normal semula. Saya dah check darah, syukur disahkan boleh lahirkan zuriat lagi.

Ini video dari Vida.

Jelas Vida, dia syukur sebab setelah amalkan pemakanan tambahan, kini aturan perjalanan periodnya kembali normal dan masih lagi subur.

Tentang hubungannya dengan Iqbal, Vida ada muatnaik satu video menunjukkan dirinya dengan Iqbal, dan meminta orang ramai untuk mendoakan mereka berdua. Vida akui, Iqbal tak ada pun meinggalkannya sentiasa setia di sisinya.

Doakan yang terbaik buat kami. Ahmad Iqbal Zulkefli sntiasa bersama saya.” Tulis Datuk Seri Vida di ruangan caption.

Iqbal juga ada membalas di ruangan komen: “Menitis air mata saya. Selalu ingat, apa yang saya katakan dari lima tahun lalu, ianya tetap sama sampailah sekarang. Apa yang terjadi, saya tidak akan tinggal Dato Seri. Terima kasih sudi menjadi sebahagian dari hidup saya. Dunia akhirat. Nanti kita video call ye.