Alahan mengandung, Wawa Zainal auto muntah kalau buka peti ais

5,516 views

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dah pun mengumumkan bahawa mereka bakal menerima kehadiran cahaya mata keempat.  Wawa Zainal kini sedang hamil 6 bulan lebih dah hampir nak masuk ke tujuh bulan dan dijangka akan bersalin pada bulan November depan.

Menerusi satu laporan dari portal Ohbulan, Wawa Zainal ada berkongsi cerita bahawa dia juga alami alahan seperti kebanyakkan wanita hamil.

Jelas pelakon berumur 30 tahun ini, alahannya berbeza sikit, yang mana dia mula akan rasa loya jika buka peti ais atau peti sejuk.

Ianya ditulis menerusi satu persoalan dari peminatnya menerusi segmen tanya saya. Seorang peminat tanya ketika Wawa hamil kali keempat ini, adakah dia ada alami alahan. Ini jawapan dari Wawa Zainal.

Dah empat kali saya hamil, saya memang tak ada alahan benda lain. Rasa loya jika buka peti ais saja. Kalau buka peti ais automatik akan rasa nak termuntah.

Selain itu, Wawa Zainal juga ada alahan dengan bau bawang, kalau bau dia terus akan muntah juga.

Disampaing itu, sepanjang kehamilannya kali ini, Wawa Zainal mengalami isu paras sel darah merah yang rendah, atau paras hemoglobin. Level hemoglobin dalam darah agak rendah ketika di awal kehamilannya.

Sebenarnya saya kena menaikkan paras hemoglobin, bukan semata-mata sebab hamil tetapi untuk ambil vaksin juga. Oleh itu antara usaha saya buat ialah dengan makan hati ayam yang akan digoreng garing kerana saya tak boleh nak makan organ dalaman, saya ada rasa loya. begitu juga dengan makan kerang.

Kekurangan hemoglobin sekiranya agak teruk digelar anemia, dan ianya memang perlukan pemantauan kerana amat penting untuk pastikan level hemoglobin berada di paras yang normal, agar ibu dan anak dapat oksigen dengan baik.

Pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mempunyai tig aorang anak sejak perkahwinan mereka dari tahun 2013.