Di usia 11 bulan, anak Fattah dan Fazura, baby Fatima suka dengar alunan Azan

2,177 views

Antara anak selebriti yang amat terkenal ketika ini ialah anak kepada pasangan pelakon Fattah Amin dan juga Nur Fazura. Namanya ialah baby Nur Fatima Aisya, sedap namanya. Ketika ini, umur baby Fatima sudah masuk ke usia 11 bulan.

Fazura dan Fattah kerap kali juga ada muatnaik gambar Fatima di laman media sosial mereka, memang ramai yang suka dengan baby ni, comel betul.

Dalam update terkini, Fazura ada bercerita bahawa anaknya itu amat teruja dan terpesona setiap kali mendengar alunan azan. Jelasnya, antara bunyi azan yang disukai Fatima adalah bacaan azan dari Mekah.

Setiap hari minggu, ianya amat dinantikan kerana akan dapat peluang menghabiskan masa dengan baby Fatima. Memang dia akan melekat saja macam ini (duduk sebelah ibunya).

Fatima sekarnag memang paling suka dengar bacaan azan. Kalau azan sudah habis, daddy dia akan mainkan alunan azan dari Mekah menerusi saluran YouTube dan dia akan khusyuk sampai tak bergerak macam ini.

Menjengah di ruang komen, ada beberapa rakan artis yang turut meninggalkan komen, antara seperti Mimi Lana, Lisdawati dan juga Diana Danielle.

Ini tulis Miss Mimi Lana yang memuji kecomelan baby Fatima: “Alolo, sayang Fatima.

Diana Danielle pula mengatakan Fatima bakal menajdi anak yang solehah: “Anak solehah mummy ni.

Begitu juga dengan pelakon yang juga isteri kepada Fauzi Nawawi iaitu Lisdawati yang mendoakan agar baby Fatima akan membesar dengan baik: “Semoga baby akan membesar menjadi anak yang solehah.

Selain itu, memang ramai para peminat yang memuji cara didikan Fattah Amin dan Fazura yang memperdengarkan alunan azan kepada baby Fatima. Ada juga yang terus memuji kecomelan baby Fatima ini.

Nur Fatima Aisya lahir pada hari Jumaat bersaam tarikh 2 Oktober tahun 2020.