“Saya jumpa duit seposen pun tak langkah” Ini penjelasan Iqbal tentang video pijak duit

6,523 views

Video Ahmad Iqbal memijak wang kertas menjadi viral baru-baru ini. Ramai yang mempersoalkan tindakan Iqbal yang dianggap tak bersyukur dan angkuh.

Menerima pelbagai komen kurang baik, akhirnya Iqbal menjelaskan hal sebenarnya yang terjadi. Bagi Iqbal, sedutan video berkenaan sebenarnya telah membuatkan berlakunya salah faham, dan membuatkan orang tersilap jangka apa sebenarnya yang berlaku.

Pertamanya, Iqbal berkata, duit berkenaan sudah ada semasa dia tiba di lokasi berkenaan, diguna pakai orang lain. Keduanya, wang kertas itu merupakan prop semata dan bukanlah duit betul. Palsu saja wang kertas itu. Ketiganya kebetulan rakaman video itu menunjukkan dia seakan memijak dan kais wang guna kaki.

“Ketika itu di Rusa Muzik production, dalam studio, saya datang dan ketika itu ada beberapa selebriti lain. Kami di sana untuk buat content.”

“Semasa video itu dirakam, video tu memang berterabut diguna oleh artis lain. Bukan saya yang tabur, bukan saya yang guna, malah itu bukanlah duit yang betul.”

“Tak mungkin saya buat benda tak bijal dan sedangkal itu untuk pijak wang. Saya tahu adab, tahu benda baik dan buruk. Masa itu kami nak kemaskan studio cepat-cepat. Saya selamba terus cepat-cepat kemaskan dan kais guna kaki. Tak terfikir perbuatan saya itu dirakam dan kebetulan hanya muka saya seorang saja dalam video.”

Kata Iqbal lagi, dia amat menghargai wang ringgit, malah kalau jumpa duit syiling di lantai, akan ambil letak atas.

“Saya ni kalau jumpa duit seposen pun, saya tak langkah duit tu. Kalau jumpa saya akan ambil letak atas.”

Ini video penjelasan penuh dari Iqbal tentang isu ini.

Itulah penjelasan dari tuan punya badan. Ianya salah faham saya. Iqbal pun dah kata dia dah maafkan orang yang sebar video itu dan juga orang yang mengata tentang dirinya. Iqbal juga harap orang tahu hal sebenar.