“Dia tak putus asa pikat saya” Tunang cerita bagaimana jatuh hati dengan Usop

10,144 views

Penyanyi Usop kini telah pun selamat bertunang dengan gadis pilihannya bernama Teha atau nama penuhnya Nur Fatihah Md Hashim. Majlis pertunangan mereka diadakan di kampung halaman Teha di Pulau Pinang dan hanya dihadiri family dan teman rapat saja.

Ditanya tentang bila nak kahwin, kata Usop dia dan Teha, mereka berdua dah plan untuk bernikah pada bulan februari tahun depan.

Saya tak mahulah nak bertunang terlalu lama. Perkara baik eloknya kita cepatkan. Apapun syukur kini kami dah pun bertunang.” Itulah penjelasan dari Usop.

Ditanya kepada Teha bagaimana boleh jatuh hati dengan Usop, kata wanta berumur 25 tahun ini, dia terpikat dengan beberapa sikap Usop.

“Ada orang yang mungkin cakap Usop ni lurus orangnya tetapi sebenarnya dia sangat jujur. Saya nampak dia amat jujur dan telus dalam semua perkara. Saya suka orang yang lurus dan ikhlas.”

“Selain itu, dia juga tak pernah putus asa, tak mengalah dan berusaha keras memikat hati saya dulu walaupun umur dia lebih muda dari saya.”

“Lagi satu, Usop seorang yang pandai ambil hati orang tua dan hormati ibu bapa saya. Sebenarnya dia amat berani untuk jumpa dengan ibu bapa saya dan memang bersungguh nak menjalin hubungan serius dengan saya.  Itu antara sebab saya jatuh hati dengannya.”

Sementara itu, Usop berkata dia memang sudah jumpa dengan wanita idaman, semuanya ada pada tunangnya itu. Antaranya Teha seorang yang sentiasa menyokong dirinya, tak kira susah dan senang.

Teha juga sering menyenangkan dirinya malah mempunyai beberapa ciri wanita yang dia suka.  

“Memang ciri idaman, saya mencari wanita hidung mancung, kulit putih cerah dan lebih tinggi dari saya. Tak sangka impian saya akan jadi kenyataan.”

Bercerita tentang kisah pertemuan mereka berdua, Usop mengatakan mereka berjumpa di satu acara di rumah rakannya.

Ketika itu Usop minta nama halaman IG Teha dan mula berkenalan sebagai rakan melalui Instagram. Usop akui Teha pada mulanya memang jual mahal dan setelah lebih dua tahun berhubung, mereka kini merancang ke fasa yang lebih serius.