“Dah sebulan tak tinggal sebumbung” Ini pendedahan isteri Shuk

4,569 views

Ini merupakan kisah terkini tentang perkahwinan antara Shuk Sahar dan isterinya Rossa Sera. Sekali lagi ada ura-ura mengatakan Shuk masih lagi menjalin hubungan dengan orang lain.

Hal ini disahkan sendiri oleh isteri kepada Shuk Sahar. Menerusi satu laporan Harian Metro, Rossa Sera membuka cerita tentang status terkini hubungan mereka berdua.

Kata Rossa Sera, dia dan suaminya itu sudah sebulan tak duduk sebumbung. Malah dia juga dalam proses untuk berpisah dan failkan penceraian.

Setelah lama dan seringkali mempunyai isu ada konflik, kini Rossa Serra sudah tak tahan dan tak sanggup lagi nak hadapi semua ini. Oleh itu dia sudah bertekad untuk berpisah.

Ini penjelasan dari isteri kepada Shuk Sahar ini.

“Saya kini dalam proses untuk failkan penceraian terhadap Shuk Sahar. Saya dah bertekad untuk bercerai sebab dah hampir lima tahun bertahan dengan isu ini. Sebenarnya, dah sebulan kami tak lagi duduk dan tinggal bersama.”

Bercakap tentang Shuk yang masih lagi berjumpa dengan wanita berkenaan walaupun dala, proses untuk bercerai, Rossa tertanya kenapa mereka tak boleh sabar.

“Memang pelik sebab perceraian kami sekarang dalam proses, namun kenapa mereka berdua tak dapat bertahan seketika dan kini semakin ligat. Sebagai isteri, sudah tentu saya ada naluri tentang kehadiran wanita lain semasa Shuk bekerja kat Penang.”

“Dia ni memang suka manipulasi dan itu sebabnya saya selalu memaafkannya. Apabila terbongkar macam ni, orang di luar sana yang bercerita dan tanya pada saya.”

“Kali ini saya tegas untuk berpisah dah. Shuk dengan perempuan itu memang banyak kali berpakat. Rasanya cukuplah kesabaran saya sampai sini saja. Satu bulan hidup asing ini dah buka ruang untuk saya fikir sedalam-dalamnya.”

“Keputusan di tangan saya dan harapnya kes ini akan selesai denagn segera.”

Rossa Sera dan Shuk Sahar berkahwin pada bulan Disember tahun 2015 di Sandakan, Sabah.