“Saya memang tak sangka dia sanggup buat begitu..” Iqbal terkilan dengan Catriona Ross

6,062 views

Terpalit dengan isu mahu berkahwin dengan Dato Seri Vida, nama Ahmad Iqbal menjadi buah mulut orang ramai. Sehinggakan banyak yang membahan dan buat parody tentang kisah antara mereka berdua ini.

Antara yang buat parody kisah DS Vida dan Iqbal ialah rancangan terkenal, MeleTop. Video berkenaan ditayangkan pada rancangan Meletop minggu ini.

Video itu menampilkan pelakon Catriona Ross sebagai watak utama yang mirip DS Vida dan Daniel sebagai watak yang mirip Iqbal. Video pardoy berkenaan memang berjaya membuat ramai yang gelak dan terhibur.

Namun, Iqbal sebenarnya akui dirinya terasa dengan video tersebut dan secara terbuka mengaku amat terkilan dengan tindakan dari Catriona Ross.

Sebagai seorang peminat, Iqbal kecewa Catriona dilihat sanggup mempermainkan dan membahan kisah hidupnya.

Video berkenaan dah menarik minat saya terutama lakonan Kak Cat sebab dia memang idola saya. Saya tak sangka Kak Cat boleh bawa watak seperti Dato Seri Vida memang menjadi.

Cuma saya betul terkilan semasa saya down, dengan komen orang ramai, tak sangka kak Cat sanggup buat begitu. Saya sebenarnya memang minat dengan Catriona Ross sejak saya budak-budak.

Iqbal tertanya adakah Catriona buat demikian untuk menyindir dirinya atau pun hanya kerana dapat bayaran.

Saya sampai terfikir Kak Cat berlakon seperti ini sebagai satu sindiran atau pun demi ganjaran sebab dapat bayaran, Kak Cat sanggup buat sebegitu.

Jelas Iqbal, hal sebegini tak patut dijadikan gurauan kerana dia memang serius tentang hal ini.

Ada perkara kita boleh bergurau, boleh dijadikan content, tapi tak semua perkara. Di saat saya tengah kritikal tapi boleh dijadikan bahan jenaka.

Saya dah mesej dan DM Catriona Ross tapi tak dibalas, saya nak beritahu Kak Cat saya betul-betul terkilan.

Ini video penuh luahan dari Iqbal kepada Catriona Ross.

Semoga Iqbal tabah dengan segala ujian yang melanda dirinya. Doakan agar perkahwinan yang diimpikan dan dirancang akan menjadi kenyataan kelak.