“Saya okey saja.. Suami dan family tak ada masalah” Uyaina Arshad

7,381 views

Satu majlis telah diadakan oleh selebriti yang baru berkahwin iaitu Uyaina Arshad dan suaminya Raja Syahiran baru-baru.

Uyaina Arshad ada muatnaik beberapa foto sekitar majlis berkenaan yang mengambil tema Arabian Night.

Namun ada pihak yang kurang senang melihat pemakaian Uyaina ada malam itu malah ada yang mengatakan ianya bagaikan tak hormati agama.

Uyaina mengenakan busana ala-ala Cleopatra pada majlis tersebut. Majlis itu sebenarnya merupakan malam majlis berinai yang dibuat semula kerana ditunda akibat banjir sehari sebelum majlis pernikahan mereka.

Setelah busana Cleopatra itu telah dipersoalkan netizen, Uyaina mengatakan busana dan semua yang dipakainya itu telah mendapat izin dari suami dan family. Mereka semua tiada masalah tentang pakaian berkenaan.

“Mungkin orang tak pernah nampak saya pakai macam tu dan mereka pun rasa pelik dengan fesyen saya tu.”

“Tidak mengapa, bukannya first time saya terima komen seperti ini, sebelum ini pun ada yang lebih teruk lagi. Saya okey saja.”

“Yang paling penting suami dan family saya tidak ada masalah tentang perkara berkenaan. Malahan suami saya sendiri yang tapis dan approve baju untuk saya.”

Selain pakaian Uyaina yang seakan Cleopatra, ramai juga mempersoalkan kehadiran beberapa lelaki seperti tukang angkat tandu yang membawa Uyaina.

Uyaina menjelaskan sebenarnya malam itu adalah ladies night, semua lelaki itu hadir sekejap saja, termasuklah suaminya.

“Orang yang tak ada kat situ tak tahu apa yang berlaku dan mereka pakai cakap apa saja. Tema malam itu Arabian Night. Ada beberapa lelaki yang datang itu hanya angkat tandu sebagai gimik sepertu saya ini bagaikan seorang puteri dihantar ke majlis berkenaan. Selebihnya hanya perempuan saja yang hadir. Syahiran pun sama, datang sekejap, lepas tu keluar.”

Uyaina turut menjelaskan dia tetap mengadakan majlis berkenaan kerana ramai yang excited terutama family, oleh itu dia teruskan majlis berkenaan.

“Sebenarnya mahu batalkan saja majlis berinai dengan tema Arab ini. Tetapi kedua pihak keluarga dah teruja, mereka semua pun dah hafal step nak menari semua, ada yang dah beli baju. Saya tak sampai hati nak kecewakan family.”

Itulah penjelasan dari Uyaina Arshad tentang majlis berkenaan.