"Saya rindu, tolonglah pulang" Kucing hilang, Datuk Rosyam Nor tawar RM1k - News Tel

“Saya rindu, tolonglah pulang” Kucing hilang, Datuk Rosyam Nor tawar RM1k

10,510 views

Antara haiwan peliharaan yang paling disukai dan disayangi di negara Malaysia ialah kucing. Jika seseorang itu dah jaga dan pelihara kucing dari kecil, kadangkala kucing ni dah dianggap macam keluarga sendiri.

Jika berlaku seseuatu kepada kucing, pelbagai emosi yang datang. Itulah yang terjadi kepada pelakon dan pengarah terkenal Datuk Rosyam Nor.

Menerusi satu entry di laman media sosial, Datuk Rosyam Nor membuat satu kenyataan baahwa kucing miliknya telah hilang.

Pelakon ini telah membuat tawaran, kepada sesiapa saja yang menjumpai kucing berkenaan, ganjaran berupa wang tunai akan diberikan kepadanya.

Bukan sedikit nilai yang ditawarkan, Datuk Rosyam mengatakan disa sanggup beri sebanyak seribu Ringgit.

Rosyam Nor turut muatnaik sekeping poster yang menunjukkan gambar serta ciri-ciri kucing miliknya itu.

Namanya ialah Midnight, mula hilang pada 2 Mac dan kali terakhir dilihat di seksyen 11 Kota Damansara.

Kata Rosyam Nor, dia dan keluarga memang terkesan dengan kehilangan kucingnya itu memadangkan sudah lama membelanya, sejak ibunya lagi.

“Sudah beberapa hari, kucing saya yang namanya Midnight, tidak pulang, tak balik rumah. Saya bela kucing ini daripada ibunya lagi. Sekarang ni usia dia dalam lebih lima tahun dah.”

“Saya harap kepada sesiapa yang jumpa kucing saya ni, bolehlah mesej saya. Sebab sekarang ni saya dah rasa amat rindu kat dia. Saya cari dia, the whole family memang rasa kehilangan dia.”

Rosyam Nor memberitahu, adik Midnight ada di rumah, hanya Midnight saja yang tiada.

“Adik Midnight ada, tetapi dia yang tiada. Badan dia ni besar, dan dia memang manja dengan semua orang. Sesiapa terjumpa, minta tolong beritahu. Sesiapa yang terambil pun beritahu, kerana dia ni memang cantik dan besar, minta dipulangkan semula, tolonglah pleasa, terima kasih.”

Itulah rayuan serta permintaan dari Datuk Rosyam Nor tentang kucingnya.

Latest from Viral


“Marsha dah bertudung ke? Cantiknya” Penampilan terbaru Marsha dipuji

8,897 views

Nama Marsha Milan semakin naik sejak akhir-akhir ini. Semua kerana persembahan bertenaga dari penyanyi berumur 36 tahun ini ketika di pentas akhir Anuegrah Juara Lagu.

Vokal yang bertenaga serta penjiwaan yang mencengkam jiwa, ramai penonton terpesona dengan persembahan Marsha ketika membawa lagu Cinta.

Sudah 17 tahun berada dalam industry, kali ini bakat Marsha benar-benar dihargai orang ramai.

Di malam AJL, Marsha berjaya membawa pulang dua trofi iaitu persembahan terbaik dan juga mendapat tempat kedua, satu pencapaian yang amat membanggakan.

Sejak itu, semua tindak tanduk Marsha sering saja diperhatikan netizen, semua mula mahu ambil tahu tentang perkembangan dirinya.

Yang paling latest, ada satu video dari rakan artis iaitu pelawak dan penyampai radio Danial Zaini, yang mana ada menunjukkan penampilan terbaru dari Marsha Milan.

Video berdurasi seminit lebih itu dimuatnaik di laman instagram milik Danial yang mana dia ada membuat lawak tentang lagu Cinta nyanyian Marsha.

Namun, apa yang menjadi perhatian dari video itu ialah Marsha dilihat telah pun memakai hijab dan bertudung penuh.

Rata-rata netizen yang melihat penampilan itu akui Marsha memang cantik memakai tudung dan memang ramai yang puji.

“Cantik sangat Marsha pakai tudung ni, semoga istiqomah”

“Memang cantik dan lawanya Marsha kalaupakai tudung macam ni.”

“Sukanya tengok Marsha pakai tudung, memang cantik dan anggun.”

Itulah antara pujian yang dihemburkan kepada penyanyi dari Sabah ini. Selain itu, ada juga yang tertanya, benarkan ini penampilan terbaru dari Marsha, adakah dah benar-benar berhijrah.

“Marsha sekarang memang dah pakai tudung ke.” Itu antara pertanyaan dari netizen.

Dilihat di IG milik Marsha, dalam masa 24 jam ini, Marsha masih lagi muatnaik gambarnya yang tidak bertudung.

Oleh itu rata-rata beranggapan, mungkin Marsha ada kerja di waktu itu, yang memerlukannya memakai tudung. Ada juga mengatakan Marsha bertudung ketika sedang jalani penggambaran sebuah drama.

Go to Top