Nama Marsha Milan semakin naik sejak akhir-akhir ini. Semua kerana persembahan bertenaga dari penyanyi berumur 36 tahun ini ketika di pentas akhir Anuegrah Juara Lagu.
Vokal yang bertenaga serta penjiwaan yang mencengkam jiwa, ramai penonton terpesona dengan persembahan Marsha ketika membawa lagu Cinta.
Sudah 17 tahun berada dalam industry, kali ini bakat Marsha benar-benar dihargai orang ramai.
Di malam AJL, Marsha berjaya membawa pulang dua trofi iaitu persembahan terbaik dan juga mendapat tempat kedua, satu pencapaian yang amat membanggakan.
Sejak itu, semua tindak tanduk Marsha sering saja diperhatikan netizen, semua mula mahu ambil tahu tentang perkembangan dirinya.
Yang paling latest, ada satu video dari rakan artis iaitu pelawak dan penyampai radio Danial Zaini, yang mana ada menunjukkan penampilan terbaru dari Marsha Milan.
Video berdurasi seminit lebih itu dimuatnaik di laman instagram milik Danial yang mana dia ada membuat lawak tentang lagu Cinta nyanyian Marsha.
Namun, apa yang menjadi perhatian dari video itu ialah Marsha dilihat telah pun memakai hijab dan bertudung penuh.
Rata-rata netizen yang melihat penampilan itu akui Marsha memang cantik memakai tudung dan memang ramai yang puji.
“Cantik sangat Marsha pakai tudung ni, semoga istiqomah”
“Memang cantik dan lawanya Marsha kalaupakai tudung macam ni.”
“Sukanya tengok Marsha pakai tudung, memang cantik dan anggun.”
Itulah antara pujian yang dihemburkan kepada penyanyi dari Sabah ini. Selain itu, ada juga yang tertanya, benarkan ini penampilan terbaru dari Marsha, adakah dah benar-benar berhijrah.
“Marsha sekarang memang dah pakai tudung ke.” Itu antara pertanyaan dari netizen.
Dilihat di IG milik Marsha, dalam masa 24 jam ini, Marsha masih lagi muatnaik gambarnya yang tidak bertudung.
Oleh itu rata-rata beranggapan, mungkin Marsha ada kerja di waktu itu, yang memerlukannya memakai tudung. Ada juga mengatakan Marsha bertudung ketika sedang jalani penggambaran sebuah drama.