“Terkejut, ingatkan pocong” Ramai terperanjat tengok penampilan DS Vida

17,723 views

Menerusi satu entry terkini di laman media sosial miliknya, ada satu video dari Dato Seri Vida yang telah mengejutkan ramai followernya. Bukan terkejut dibuat-buat, ini memang terkejut betul, sebab tengok wajah solekan Dato Seri Vida.

Wajah yang sarat dengan solekan itu ternyata berjaya menarik perhatian ramai dan dalam masa beberapa jam saja, sudah ratusan views yang menontonnya.

Sebenarnya Dato Seri Vida mahu memberitahu bahawa dia akan mengeluarkan satu lagu baru pada minggu depan. Tajuk lagu ini ialah Ku Ikhlaskan.

“Akan datang, coming soon, lagu paling baru nyanyian saya berjudul, Ku Ikhlaskan. Siapa yang dah tak sabar nak menitiskan air mata.”

“Tiga ratus enam puluh darjah dari Dato Seri Vida yang anda semua kenal.”

Bercakap tentang lagu dan mzuik video, ianya turut sudah disiapkan dan DS Vida menghabiskan lebih kurang RM400 ribu untuk bikin semuanya.

“Rakaman untuk buat lagu ini mengambil masa selama 10 malam. Manakala nak buat, music video pula makan amsa 5 Hari.”

“Semua ini menelan kos sebanyak kira-kira RM400 Ribu.”

“Nantikan kemunculan lagu ini pada tarikh 20 Mac ini di laman Dsv Entertainment. Jadilah orang yang terawal mana tahu kan akan dapat hadiah dari Dato Seri Vida.”

Diruangan komen, sudah tentu ianya meriah dengan kata-kata serta pendapat dari netizne tentang penampilan Dato Seri Vida itu.

“Terkejut saya, terperanjat betul, ingatkan pocong tadi.”

“Dah kenapa macam ni, lain benar, nak lawan Aina Abdul ke tu.”

“Ada wang, memang boleh digunakan untuk beli lagu. Tapi bab bakat, ada duit banyak mana pun, tak akan boleh dibeli. Kesiannya, labur duit yang begitu banyak untuk badutkan diri demi mahukan perhatian.”

Itu antara komen yang ditulis oleh netizen.

Kita sama-sama nantikan kemunculan single terbaru berjudul Ku Ikhlaskan dari Dato Seri Vida pada 20 Mac ini.