“Saya tak akan bahagia berada dalam keluarga dia” Ahmad Iqbal bawa diri

3,445 views

Ahmad Iqbal Zulkefli pemuda yang dikaitkan dengan ahli perniagaan Datuk Seri Vida mengesahkan sudah memaklumkan kepada DS Vida bahawa dia tak jadi berkahwin.

Rancangan perkahwinan mereka yang sepatutnya diadakan pada bulan Disember, hujung tahun ini telah dibatalkan.

Iqbal yang beruumur 27 tahun, tekad dengan keputusan berkenaan, tak mahu lagi meneruskan pernikahan dengan Vida, 49 tahun.

“Tak jadi dah lah, saya dah tekad. Buat masa sekarang saya akan bawa diri sekejap sementara untuk alihkan perhatian dan pemikiran saya.”

“Saya tak nak fikir lagi, jadi saya bagitahu secara jelas pada Datuk Seri Vida bahawa perkahwinan kita ini tak jadi kerana saya tak akan bahagia berada dalam keluarga dia.”

Dalam pada itu, ayah kandung kepada Cik B dan Kacak pun umpama dah setuju dengan hubungannya dengan Datuk Seri Vida.

“Ayah kepada Cik B dan Kacak sendiri selalu mesej saya, dia panggil adik kat saya, dia kata adik kahwinlah dengan Vida.”

Akan tetapi ternyata Iqbal dah benar-benar tawar hati dengan Datuk Seri Vida walapun akui hati sukar berubah.

“Saya kini masih tawar hati, walaupun memang masih sayang dia, sebab dah lama kan. Untuk saya temui wanita lain sebagai pengganti beliau, memang susah. Orang kata pada saya, Iqbal ada rupa ada harta, tapi dia tak sama, hati tak macam tu. Kalau tak dah lama ada perempuan lain.”

Iqbal memang sahkan dia dah pun cancel semua perancangan termasuk batalkan tempahan dewan.

“Yes betul saya ada survey beberapa dewan hotel, dan pilih Grand Hyatt. Saya fikir dalam 300 orang, saya buat tanpa bincang Dato Seri Vida. Saya juga ada beli barang yang bernilai untuk lamar beliau, namun tak kesampaian. Dan saya dah batalkan termasuklah dewan.”

Bercerita tentang tulisannya tentang Vida merupakan wanita pertama yang Iqbal dan sentuh, Iqbal tak mahu menjawab soalan berkenaan.

“No komen, saya tak mahu komen tentang hal ini. Saya tak boleh nak cerita tentang hal ini, boleh fikir sentuh hati atau perasaan saja lah.”

Dalam pada itu, ditanya tentang kisah Iqbal masuk ke Instagram live Dato Seri Vida dan kemudian terus buat muka mencuka atau muka masa, ini jawapan dari Iqbal.

“Beliau dah requet lebih 20 kali, lepas tu saya masuk lah, nak tanya kenapa. Itupun lepas dua minggu langsung tak hubungi beliau.”

Itulah penjelasan dari Iqbal tentang kisahnya dengan Datuk Seri Vida.