Di usia 8 tahun, anak lelaki Diana Danielle ambil tugas masak nasi di rumah

3,804 views

Pelakon Diana Danielle berkahwin dengan Farid Kamil dan kini mempunyai dua orang cahaya mata. Mempunyai ibu bapa yang kacak dan jelita, sudah tentu anak mereka pun amatlah menawan.

Anak pertama bernama Muhammad atau Che Mad, yang kini berumur 8 tahun, manakala anak kedua pula ialah anak perempuan bernama Nur Aurora berumur 6 tahun.

Di usia yang muda ini, Diana Danielle telah mendidik anak-anak nya dengan cukup baik sekali. Antara yang diterapkan oleh Diana ialah sikap berdikari.

Jelas Diana Danielle, di usia anak nya berumur 8 tahun, Muhammad atau Che Mad kini dah pandai masak nasi.

“Pada umur anak saya lapan tahun, Muhammad secara rasminya memegang peranan sebagai tukang masak nasi, letak pinggan dan mangkuk di dishwasher, buat persiapan makanan dan buat breakfast, ianya dibuat di bawah pengawasan saya.”

“Sudah tentu, kalian semua boleh ajar anak lelaki bertanggungjawab buat kerja dalam rumah. Dia pun kena makan kan. Dah tentu dia kena tahu cara nak masak nasi untuk survive nanti. ianya bukanlah satu kerja berdasarkan jantina.”

Melihat respon dari netizen, ramai yang bersetuju dengan cara Diana Danielle mengajar anaknya untuk berdikari.

Ini antara komen dari netizen yang setuju. “Family saya apun sama, semua ada kerja dan tanggungjawab kena buat. Semua kena basuh pinggan dan basuh baju. Semua juga kena tukar tayar kereta dan tukar mentol lampu di rumah. Lelaki perempuan boleh buat. Tak ada ketetapan jantina.

Seorang lagi netizen ada memberi pendapatnya: “Saya punya sepupu pun sama, ibu bapa mereka kerja, jadi selalu mereka buat sendiri, boleh masak, kemas rumah dan mengemas. Akhirnya mereka hebat memasak.

Sememangnya apa yang diamalkan oleh Diana Danielle ini memang bagus sekali. Che Mad memang anak yang hebat, dari kecil pun dah pandai masak, malah dia pun pandai naik motor mini, buat aktiviti lasak bersama ayahnya, Farid Kamil.