“Ketiadaan Shuib satu kehilangan besar” Pengakuan Jep Sepahtu

15,159 views

Antara rancangan komedi yang terkenal ketika ini ialah Sepahtu Reunion Live. Ianya menampilkan kumpulan Sepahtu sebagai teraju utama, Jep, Shuib, Rahim dan Pakya.

Pada bulan Oktober ini, rancangan Sepahtu Reunion Live kembali lagi untuk musim baru iaitu musim yang kelima.

Namun kali ini rancangan ini akan diteruskan tanpa kehadiran salah seorang teraju utama iaitu Shuib.

Shuib telah mengambil keputusan untuk berehat seketika dari dunia seni, setelah pemergian isteri tercinta baru-baru ini. Shuib juga mahu fokus kepada family apatah lagi dengan kehadiran baby bongsu iaitu Ayash Affan.

Bercerita tentang ketiadaan Shuib, ahli kumpulan Sepahtu juga akui ianya memang satu kehilangan yang amat besar. Malah Jep sendiri pun akui hal ini.

Akan tetapi Jep tetap positif dan berkata semuanya ada hikmah. Antaranya ialah ianya telah membuka rezeki kepada pelawak atau pelakon lain yang akan mengisi tempat Shuib. ini komen Jep semasa satu interview di Astro Awani.

“Memang satu cabaran tapi ada hikmahnya. Sejujurnya dengan tiadanya Shuib dalam Sepahtu Reunion Live, ianya memang satu kehilangan besar untuk kami. Namun kena fikir juga, bahawa program ini perlu diteruskan juga.”

“Sungguhpun Shuib tak dapat join, kita kena cari alternatif lain. Akan tetapi, nak cari pengganti itu memang susah.”

Jep menambah dia mencari pengganti yang sama hebatnya seperti Shuib. Contohnya seperti Man Raja Lawak dan juga Tauke.

“Kita cari pengganti yang dapat mudahkan urusan kita, pengganti yang tepati piawaian sama seperti Shuib. Baru-baru ini kita da panggil Hamdan, pelawak otai.”

“Saya anggap kekosongan yang ditinggalkan Shuib adalah untuk kita buka rezeki kepada pelawak otai lain sebab kita tahu kadangkala tak semua ada nasib yang sama.”

Sementara itu, Rahim pula menjelaskan memang mereka akan memilih pelakon yang bersesuaian dengan kisah yang mahu diceritakan. Mereka juga akan berbincang termasuk untuk memilih pelakon jemputan.

“Artis jemputan semua kita pun ada bincang. Antaranya jalan cerita, umur, watak yang diberikan. Semua ada beri gambaran orang macam mana kita nak artis jemputan itu. Tak semestinya semua artis available, jadi ada beberapa nama disenarai.”

Dalam pada itu, Rahim berkata untuk watak cameo saja selalunya mereka tak pilih. Jep pula berkata tak semua orang mampu buat lakonan secara live.

“Pertama dia ada confident, contoh kallau datang kena menanyi, ada yang tak nak menyanyi. Kadang-kadang ada panggil orang lama dalam industry, tapi tak berani untuk buat secara spontan. Ada yang bukan nama besar tapi dia boleh buat.”