“Saya tak akan lupakan Shuib, Nabil, Ebby Yus” Shuk Sahar

1,774 views

Nama penuh dengan isu yang kurang baik dek kisah rumah tangganya, Shuk Sahar akur dirinya sudah kehilangan mata pencarian dalam bidang seni sejak beberapa tahun lalu. 

Shuk sendiri tak nafikan hal berkenaan dan menerima takdir yang tertulis. 

Sejak sudah berkahwin dengan pilihan hatinya, Farra Saleh, hidupnya mula ada harapan untuk kembali bersinar.  

Namun begitu, sedikit demi sedikit Shuk mula menaikkan namanya semula. 

Kembali popular setelah tampil dalam podcast di Singapura, kini Shuk tapil dalam satu lagi podcast bersama Shuib dan juga Fizi iaitu Dol Podcast. 

Dalam satu sesi sidang media ketika perkenalkan Dol Podcast, Shuk berkata ada tiga rakan yang benar-benar membantunya semasa zaman kejatuhan. 

Tiga individu berkenaan ialah Shuib, Nabil Ahmad dan juga abang Ebby Yus. 

KISAH SHUIB 

Kata Shuk, dia meminjam Shuib sehingga mencecah lima angka. 

“Kalau yang memang betul-betul banyak saya pinjam dari Shuib. Sampai tahap, saya dah tak nak pinjam dari dia.” 

“Sebabnya saya pinjam tu dah sampai lima angka, sepuluh ribu.” 

KISAH NABIL AHMAD 

Dalam pada itu, Shuk berkata, namanya pernah digugurkan menjadi duta untuk sebuah jenama, dan ketika itu Nabil juga merupakan duta bersamanya. 

Nabil yang terkejut melihat Shuk sudah tiada, terus menghubunginya dan membantunya. 

“Saya nak sebut Nabil Ahmad juga. Masa tu saya bersama dengan satu jenama baju raya.” 

“Tetapi pihak jenama berkenaan hubungi saya, dan nama saya tak disambung lagi.” 

“Semasa hari penggambaran, Nabil terus tanya saya, kenapa kau tak ada ni.” 

“Petang tu juga dia terus bantu saya, dia bank in terus, dia bagi terus.” 

KISAH EBBY YUS 

Selain Shuib dan juga Nabil, Ebby Yus juga ada hubungi Shuk dan bertanya khabarnya ketika zaman susah. 

“Sama juga dengan Ebby Yus. Dia call saya, dia tanya macam mana keadaan saya, okey ke tidak.” 

“Lepas dia cakap kat saya, bagi nombor akaun kat PA abang. Lpeas tu dia pun bank in.” 

Jelas Shuk dia tak akan melupakan jasa-jasa orang yang membantunya itu. 

“Ini antara orang yang akan saya ingat dan tak akan lupakan.” 

Namun begitu, Shuk juga akui, memang ada rakan yang terus menjauhkan diri darinya semasa zaman kejatuhan. 

Namun Shuk Sahar tetap bersyukur kerana dirinya sudah pun kembali selesa walaupun tidaklah selesa seperti dulu.