“Saya tak akan pulang ke Malaysia lagi” Ini punca Sarah Hildebrand keluar dari negara ini

12,015 views

Pelakon Sarah Hildebrand sekali lagi menjadi tumpuan orang ramai setelah menyatakan dia akan pergi dari Malaysia dan tak mahu kembali lagi.

Ini setelah pelakon berumur 32 tahun ini, dilabel dengan gelaran yang kurang baik dari sesetengah netizen di negara ini.

Bagi Sarah, panggilan yang diterimanya itu, agak berlebihan dan tidak dapat diterimanya.

Sarah Hildebran atau nama penuhnya, Nur Sarah Marie Hildebrand Binti Asyraf Hildebrand itu memberitahu, tidak sepadan dengan agam rasmi negara ini, ada penganutnya yang telah mencemar dan mengotorkan kesuciannya hanya kerana budaya menulis komen sedemikian rupa.

Ini tulis Sarah: “Saya selalu saja terima komen macam ni hampir setiap hari.”

Sarah kemudian turut tayan antara contoh komen pedas yang telah diterimanya.

“Dah nampak jadi perempuan yang tak elok sejak berkahwin dengan orang luar.”

Kata Sarah, dia memang terkilan kerana komen ini ditulis oleh netizen kepadanya.

“Ini merupakan daripada seorang muslim kepada seorang muslim yang lain. Inilah antara satu sebab kenapa saya pergi dari negara Malaysia dan tak akan kembali lagi ke negara ini.”

Dilihat terkilan sehingga merajuk tak mahu pulang ke Malaysia, Sarah Hildebran berkata, dia amat kecewa dengan sikap sesetengah orang yang mencalit arang kepada agama dan budaya di negara ini.

“Saya sayang agama saya dan tak akan namun sebaliknya ada manusia yang mencemarkan kesuciannya dengan sikap mereka itu sendiri.”

“Bertuah diri saya ini sebab ada peluang untuk berhijrah dan mulakan hidup baru. Saya minta maaf.”

“Harapan saya ialah pada satu hari nanti negara Malaysia akan jadi negara yang lebih sihat dan progresif untuk didiami. Saya harap mentaliti akan berubah.”

Itulah komen dari Sarah Hildebrand yang dikatakan kini akan tinggal di negara Amerika Syarikat.

Sebelum ini, Sarah Hildebrand juga mengumumkan dirinya sudah bersara dari dunia seni, dari dunia lakonan.