Ustaz Kazim akui rasa malu lihat Adibah Noor mampu simpan kisah sedang sakit

8,443 views

Tiada lagi sosok bernama Adibah Noor dalam dunia seni tanah air. Pemergiannya pada hari Sabtu yang lalu di usia 51 tahun, satu berita yang tidak disangka-sangka.

Memang ramai yang tak tahu bahawa Adibah Noor rupanya sedang menghidap barah ovary tahap ke empat.

Mengenang kembali kisah Adibah Noor ini, pendakwah Datuk Ustaz Kazim Elias telah tersentuh hati.

Kisah Adibah Noor yang telah sabar dalam merahsiakan penyakit yang dialaminya, membuatkan Ustaz Kazim berasa malu dengan dirinya sendiri.

“Kita semua mengenali Adibah Noor ni sebagai seorang yang amat sihat ketika meontonnya di kaca televisyen. Secara tiba-tiba dia dilihat dah kurus sebelum pergi buat selamanya, meninggal dunia.”

“Rasanya ini merupakan satu tamparan kepada saya. Rasa malu dengan Allah dan juga arwah Adibah Noor kerana dia ni sakit tak ada sorang pun yang tahu.”

“Malahan kalau ada yang tahu pun, arwah minta agar janganlah diceritakan kepada orang ramai.”

Hal ini ternyata berbeza dengan Ustaz Kazim yang mana semu apun tahu dia kini sedang jatuh sakit.

“Ini amat berbeza dengan saya, semua dunia pun dah tahu saya ni sedang sakit. Saya belum lagi ada kesabaran macam Adibah Noor ni. Dia hanya senyap saja dan tutup mulut. Dia terus saja merahsiakan tahap kesihatannya selama ini.”

Bgai Ustaz Kazim, sifat Adibah Noor yang telah merahsiakan sakitnya ini merupakan antara pengajaran kepada semua pihak agar menjadi seorang yang penyabar.

“Ini merupakan satu pengajaran kepada saya agar menjadi sabar. Sakit itu kita simpan sebagai rahsia. Kalau arwah boleh buat sedemikian mengapa kita tidak.”

“Jujur saya tidak mahu kisah sakit saya jadi tukar, tetapi apa boleh buat. Tak ada salah untuk cerita tentang sakit ni. Apapun ini satu ujian untuk saya juga.”

Itulah pandangan Ustaz Kazim Elias tentang sikap arwah Adibah Noor yang merahsiakan penyakitnya.