“Saya Tak Dengki Dengan Kinah Walau Dia Sekarang Paling Kaya”

4,376 views

Hubungan adik beradik ni ada banyak ragamnya. Secara umum, selalunya adik beradik ini akan jadi rapat antara satu sama lain, maklumlah ada pertalian darah kekeluargaan.

Namun tak semua hubungan adik beradik ini semuanya indah belaka, ada juga hubungan yang kurang baik, malah tak bertegur sapa pun ada.

Perbincangan tentang hubungan adik beradik ini telah menjadi topic di satu segmen radio Suria fm.

Penyampai radio Suria fm iaitu Suraya, Tyzo dan Sharifah Shahirah mengorek cerita tentang kisah adanya rasa dengki antara adik-beradik.

Ketika itu juga, ada satu masa tu, akhirnya Sharifah Shahirah yang mesra dipanggil Shiera, mendedahkan kisahnya dengan adiknya yang kini sedang menikmati popularity iaitu Sharifah Sakinah.

Kata Shiera, dia langsung tak ada rasa hasad dengki kepada Sharifah Sakinah dan melabel hubungannya dengan Kinah lebih daripada seorang adik, iaitu dia dah anggapnya macam anak sendiri.

Saya tak pernah ada timbul rasa dengki kepada Kinah. Ini kerana jarak umur antara kami berdua ni amat jauh. Jadinya saya dah menganggap Kinah ni macamlah anak saya sendiri.

Saya memang tidak layan Kinah macam adik pun. Sejak kecil saya jaga dia, saya tukar lampin dia semua, oleh sebab itu dah layan dia macam anak”.

Tambahnya lagi, ketika ini sememangnya Kinah sedang berada di kemuncak kerjayanya malah merupakan antara paling kaya antara adik beradik, namun Shiera tak cemburu pun.

Memang tiada nak ada rasa dengki, cemburu pada dia meskipun sekarang ni dia lah yang paling kaya”.

Untuk info, kakak mereka iaitu Sharifah Haslinda mula masuk ke dunia seni dan banyak kali memegang watak utama dalam drama bersiri. Kemudian Shiera pula menceburi bidang seni dan lebih aik sebagai pengacara kerana telatahnya yang banyak unsur komedi.

Akhir sekali, barulah Sharifah Sakinah mula masuk ke dunia lakonan. Jarak umur antara Sharifah Shahirah dan Sharifah Sakinah ialah sebanyak 14 tahun.