“Saya tak dihargai” Sajat dah single, umum dah putus dengan Jados

7,265 views

Antara ahli perniagaan dan usahawan yang terpaling banyak isu di Malaysia ini ialah Nur Sajat atau nama penuhnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman.

Kini setelah lari dari ditahan pihak berkuasa di Malaysia, Nur Sajat telah meneruskan kehidupan yang baru di negara orang, iaitu dengan bermula di negara Thailand dan kini tinggal di negara Australia.

Sajat dilihat masih lagi aktif di laman media sosial miliknya yang kini mempunyai 400 ribu pengikut. Setiap hari, ada saja benda yang akan dimuatnaik oleh Sajat.

Yang terbaru, Sajat ada mendedahkan dirinya kjini sudah berstatus single, bermakna, dia sudah tidak lagi bersama dengan jejaka dari Lubnan iaitu Jados.

Dari satu posting, Sajat menunjukkan dirinya sedang berbual dengan seseorang yang mahu mendapatkan nombor telefonnya.

Diruangan caption, Sajat berkata, dirinya kini dah single dan dah ready untuk bertemu dengan orang baru.

Dalam pada itu, Sajat juga mendedahkan hubungannya dengan pasangan yang terdahulu tidak dihargai dan merasakan tiada kesetiaan, selain melabel jejaka berkenaan tidak memahami dirinya.

“Kadangkala ada lebih baiknya jika kita move on. Dari pada teruskan hubungan dengan orang yang tak faham dengan diri kami.”

“Meneruskan keadaan yang mana diri kamu tidak dihargai, merupakan sesuatu yang bukan dipanggil kesetiaan. Ianya lebih kepada memecahkan hati serta perasaan sendiri.”

“Ada ketikanya, kita dah cuba ayang betapa cintanya kita kepada seseorang itu, namun hanya membuatkan diri sendiri yang kecewa, kerana mereka tak pernah peduli ataupun mengahrgainya.”

“Enough, cukuplah sekarang ni, saya dah single dan ready nak mingle. Lebih baik jadi diri sendiri. Hempas datang lagi, syantik.”

Itulah luahan hati dari Sajat yang kini dah pun putus dengan jejaka dari Lubnan iaitu Jados.