Saya tak gembira dengar lagunya- Baby Shima selamba persoal suara Aliff Syukri

4,064 views

Komen padu dari penyanyi Baby Shima mempersoalkan vokal nyanyian dari Datuk Seri Aliff Syukri jadi viral terus ketika ini. Ianya telah dipersetujui para netizen yang akui suara Aliff Syukri memang tak sedap.

Akan tetapi, komen dari Baby Shima itu telah membuatkan Aliff Syukri kembali mempersoalkan semula kredibiliti suara penyanyi berkenaan.

Kata Baby Shima, sebenarnya hanya nak bagi pandangan dari hati dan hanya berlaku jujur kerana baginya Aliff Syukri tak terima komen yang jujur dan hanya dikelilingi mereka yang kaki ampu atau kaki kipas yang suka beri komen positif tapi bukan hakikatnya. Mereka dilabel sebagai hanya tahu puji di depan Aliff Syukri tetapi kat belakang habis jadi bahan.

Ini komen Baby Shima: “Sy hanya nk komen dgn jujur jer. Mmg saya rasa tak gembira bila dengar lagu nynyian Datuk Aliff. Utk saya, lagu dgn muzik dah bagus tapi mcm ada yg tak kena.

“Klau lihat org industri pun tak pernah nak tegur Datuk Aliff, yang ada pun puji tapi belakang (mengataa). Mungkin di sekitar Datuk Aliff ini dikelilingi pengampu yg suka bodek saja”

Dari komen yang ditinggalkan di IG tersebut, Shima memberitahu dia menyukai lagu duet Aliff dengan Upiak berjudul Cowok Baru tapi bagi Baby Shima dia rasa vokal jutawan tu tak sesuai dengan lagu berkenaan.

Walau Aliff cuba nak pertikaikan semula vokal Shima, jelas sekali rata-rata netizen lebih memihak dan sokong dengan Baby Shima.

Ini komen balas Aliff Syukri: “korang rasa suara dia sipengomen ni sedap sgt kee?? Of cause kena dan sesuai? malah rata-rata yang menengok lagu abang semua komen lagu abg sedap lagu abg merdu lagu abang best setuju tak?? 

Netizen menyatakan dengan jelas suara yang dimiliki oleh Bbay Shima jauh langit dan bumi berbanding Aliff Syukri, lebih bagus berbanding Aliff.

Bagi Baby Shima kena ada pihak yg perlu beri penilaian secara jujur agar Aliff Sykri dapat memperbaiki kelemahan.

Tapi, Baby Shima kata dia tak kisah pun jika Aliff Syukri tak nak terima tegurannya.