“Saya tak lupa anak” ~ Shuk Sahar menangis

2,585 views

Kisah antara Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera, memang dah diketahui ramai. Gara-gara orang ketiga, perkahwinan mereka kini bagai telur dihujung tanduk.

Kerana kemelut rumah tangga, selalunya anak yang terima bahananya. Itu yang terjadi kepada anak-anak Shuk dan Rossa Sera.

Baru-baru ini, Rossa Sera telah muatnaik video menunjukkan anaknya yang terlalu rindu kepada bapanya.

Melalui laporan dari portal Oh Bulan, Shuk memberitahu dengan tegas bahawa dia tak pernah pun melupakan dua orang anaknya itu.

Jelas pelawak ini, dia akan video call anaknya hampir setiap hari.

“Saya tak pernah melupakan anak-anak saua. Saya ambil kisah tentang mereka berdua. Sebelum mereka pulang ke Sabah, saya dah pergi jumpa anak-anak. Dan hampir setiap hari saya mesti akan video call mereka.”

“Memang kebanyakan masa, anak-anak kami dijaga oleh Sera. Saya tak naifkan memang Sera jaga anak-anak dengan cukup baik. Dia jaga semuanya cukup bagus.”

Melalui bulan Ramadhan tanpa isteri dan anak-anak disisi, Shuk akui diri rasa kosong.

“Ketika dalam bulan puasa ini, memag saya dah terasa bezanya, tak perlu tunggu raya nanti. Bangun sahur dah rasa lain, apatah lagi ketika berbuka puasa. Sungguhpun saya ada kawan-kawan, tapi kosongnya itu masih terasa sebab tiada family dengan saya.”

“Sampaikan ada ketika saya menangis. Apa yang berlaku, saya tahu ia kesilapan sendiri. Saya terima dan reda.”

“Saya cuba untuk betulkan tetapi saya tahu ada perkara yang kita boleh tak boleh nak betulkan. Tapi sekurang-kurangnya saya ada mencuba.”

Shuk dan Rossa Sera berkahwin pada tahun 2015 dan mereka dikurniakan dua orang puteri iaitu Nur Qurratu Ain, 5 tahun, dan Nur Assyifatu Aimi, 3 tahun.