Pelakon yang namanya semakin meningkat naik iaiti Sweet Qismina telah belanja adik bongsunya sebuah kereta jenama Volkswagen.
Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhana Qismina Supandi, telah muatnaik gambar keret abaru adiknya itu di laman Instagram.
Pelakon berumur 24 tahun ini akui, adiknya itu antara orang yang banyak menyokong dan membantu dirinya.
Menerusi caption, Sweet sempat mengucapkan terima kasih kepada adiknya itu di atas segala galanya.
“Awak meamng banyak sangat dah bantu dan tolong saya. itu antara kita saja yang tahu. Terima kasih Qisrina. I love you puteri kecil yang dah tak berapa kecil ni. Bayar ansuran tau kereta tu sampai ke tua.”
Adik kepada Sweet Qismina iaitu Farhana Qisrina turut muatnaik gambar bersama kereta barunya itu dan menulis ucapan terima kasih kepada kakaknya di atas hadiah yang amat bernilai itu.
“Terima kasih kakak belikan saya kereta yang teramat cantik ini.”
Sweet Qismina kemudian sempat berpesan: “Jangan nakal-nakal ye.“
Hubungan yang baik antara Sweet Qismina dan adiknya Farhana Qisrina ternyata mendapat pujian dari orang ramai.
Melihat di ruangan komen, rata-rata menjadikan hubungan antara mereka berdua ini sebagai gol masing-masing.
Ini antara komen dari netizen tentang hubungan adik beradik ini.
“Memang kakak yang terbaik, the best kakak.”
“Untungnya ada kakak macam ni. Memang siblings’ goals.”
Sweet Qismina kini sedang mencipta nama dan menempa kejayaan sebagai seorang pelakon yang amat berbakat dan hebat.
Kejayaan yang dicipta ini sememangnya baguslah untuk dikongsi bersama-sama orang yang terdekat terutama keluarga apatah lagi mereka yang sentiasa memberi sokongan tak berbelah bagi.
Tahniah buat Sweet Qismina, kerana menjadi role model sebagai kakak yang baik dan tahniah juga kepada adiknya iaitu Farhana Qisrina, dah dapat kereta baru, beraya sakan la nampaknya.