“Bincang apa? Pelik betul” – Fizi Ali nafi, pelik bila ada bincang untuk rujuk semula

4,413 views

Melalui satu laporan Harian Metro, dikatakan Shakilla Khoriri ada berbincang dengan bekas suaminya, Fizi Ali untuk berbalik semula, kembali bergelar sebagai pasangan suami isteri.

Namun hal ini nampaknya dinafikan oleh Fizi Ali. Kata penyampai radio Suria ini, dia tak ada berbincang dengan Shakilla tentang hal berkenaan.

Melalui satu post di IG miliknya, Fizi tertanya-tanya bila masa dia berbincang dan melabel hal berkenaan sebagai pelik.

“Bincang? Kami ada bincang apasal apa? Pelik betul.” Itu yang ditulis oleh Fizi Ali.

Melalui satu laporan dari portal Mstar pula, Fizi Ali berkata dia dan Shakilla hanya berhubungan dan berkomunikasi tentang hal anak saja.

Boleh dikatakan hubungan mereka berdua masih lagi baik, namun semuanya berkisar tentang penjagaan anak mereka iaitu Ameena Sofia.

“Saya dan Shakilla tak ada sebarang masalah selepas kami berdua berpisah. Kami berbincang tetapi tentang soal anak saja. Namun kami tak pernah nak masam muka.”

“Namun saya nak cakap, perbincangan tentang kembali bersama tu memang tak pernah berlaku. Saya pun tidak tahu apa yang yang berlaku dengan temubual Shakilla itu.”

Tentang kisah peribadinya termasuk jodoh di masa akan datang, Fizi memberitahu dia tidak ada masalah, namun buat masa sekarang fokus utama ialah anak dan kerja.

“Saya tak menolak jika jodoh datang bergolek. Kalau ada orang baru saya terima. Hati saya terbuka. Apapun, buat masa sekarnag ni, fokus saya ialah anak dan kerja.”

Sementara itu, Shakilla Khoriri turut ada memberi satu lagi kenyataan yang mana dia pun tertanya bilakah dia ada pujuk Fizi Ali tentang mahu kembali rujuk.

Ini kenyataan dari Shakilla Khoriri setelah artikel berkenaan dikeluarkan.

“Rasanya saya ni tak ada pula keluarkan kenyataan ada memujuk mahupun dah berbincang untuk kembali bersama semula. Kalau salah tulis tolong perbetulkan.”

Itu kenyataan dari Shakilla Khoriri dan juga Fizi Ali.