Teka teki status pemain bola sepak terkemuka tanah air iaitu Safawi Rasid, 25 tahun, yang lebih mesra disapa Pawi, akhir terjawab setelah selesai bergelar suami kepada pelakon dan influencer yang juga salah seorang adik Melvin iaitu Syifa Melvin, 28 tahun.
Pemain dari JDT ini selamat diijabkabulkan dengan Syifa Melvin sekitar jam 845 malam tadi, Isnin 28 November 2022.
Majlis pernikahan Safawi Rasid dan Syifa Melvin diadakan dal satu majlis tertutup di Hotel Hilton, Petaling Jaya.
Ianya hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat kedua belah pengantin.
Safawi telah menyerahkan mas kahwin berbentuk cincin berlian kepada Syifa.
Kedua mereka memakai baju pengantin berwarna cream, manakala tetamu memakai baju bertemakan warna putih.
Tentang mengapa pasangan pengantin ini tidak menguar uarkan pernikahan mereka, kata Pawi dia tak mahu terlalu kecoh.
“Bukannya saya tidak mahu cakap kepada pihak media atau pun ada sikap sombong, cumanya jika boleh saya mahu perkahwinan ini berlangsung dengan tenang. Saya ni tak mahu kecoh-kecoh.”
Dari laporan Mstar, Safawi Rasid memilih tarikh pernikahan berkenaan kerana ianya amat istimewa kepadanya namun tidak bercerita lanjut.
“Tarikh ini saya pilih kerana ada sesuatu yang amat istimewa.”
Safawi Rasid sememangnya antara bintang hebat untuk Harimau Malaya dan juga kelab Johor Darul Takzim, JDT.
Pernah bergelar sebagai pemian paling bernilai di Malaysia, nama Safawi Rasid diangkat sebagai salah seorang pemain terbaik di era moden ini.
Diimbas kembali, ura-ura tentang perkahwinan Safawi Rasid dan Syifa Melvin mula diperkatakan setelah peminat setia JDT menyanyikan lagu selamat pengantin baru kepadanya di stadium baru-baru ini.
Kemudian, pada malam Ahad, beberapa keping foto majlis malam berinai telah tersebar meluas di laman media sosial.
Majlis bertandang untuk pihak lelaki akan diadakan pada 3 Disember, minggu depan.
Tahniah buat Safawi Rasid dan juga Syifa Melvin.